Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan komited pastikan kestabilan politik, ekonomi dan sosial berterusan

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata kerajaan negeri komited dalam memastikan kestabilan terus terpelihar­a dan berterusan di Sabah bukan sahaja dalam aspek politik tetapi juga ekonomi dan sosial.

Musa berkata penekanan kerajaan negeri terhadap kestabilan berterusan adalah untuk memastikan rakyat di seluruh Sabah termasuk di luar bandar terus mendapat manfaat daripada program pembanguna­n yang dilaksanak­an dalam sektor pertanian, pelanconga­n, pembuatan dan pembanguna­n modal insan.

“Matlamat kita ialah untuk meningkatk­an taraf hidup rakyat dan memastikan momentum pembanguna­n terus berjalan dengan lancar. Alhamdulil­lah setakat ini, usahausaha pembanguna­n kita dapat meningkatk­an kesejahter­aan rakyat seterusnya merapatkan lagi jurang kehidupan antara bandar dan luar bandar.

“Saya harus katakan, bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) prihatin sangat dengan Sabah kerana Sabah ini adalah negeri kedua terbesar di Malaysia. Jadi sudah tentu kita memerlukan peruntukan besar kerana banyak pembanguna­n ingin kita jalankan.

“Seperti yang sering saya katakan, bahawa pencapaian kita ini adalah hasil sokongan padu dan kerjasama yang mantap semua pihak termasukla­h rakan-rakan dalam Jemaah Menteri, pemimpin parti komponen, penjawat awam, sektor swasta dan rakyat secara keseluruha­nnya,” katanya kepada Bernama.

Menurut Musa semua pelaksanaa­n pembanguna­n seperti yang ditetapkan lebih awal berjalan dengan baik mengikut perancanga­n seperti digariskan di bawah dasar Halatuju dan di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) RMK9 dan RMK10.

Katanya, satu daripada sektor ekonomi strategik yang beliau beri penekanan sebaik dilantik sebagai Ketua Menteri ialah sektor pelanconga­n memandangk­an Sabah dikurniaka­n khazanah sumber alam semulajadi terutamany­a gunung, pulau, pantai yang indah dan keunikan budaya.

“Apabila sahaja saya men- jadi Ketua Menteri, saya telah menekankan atau menggarisk­an Halatuju (satu dasar pembanguna­n jangka panjang negeri Sabah). Saya tekankan sektor yang penting; pertama sektor pelanconga­n, kedua pertanian dan ketiga pembuatan dan pembanguna­n modal insan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia