Utusan Borneo (Sarawak)

Penyewa kedai terjejas, tiada bekalan air

-

KOTA KINABALU: Ketiadaan bekalan air lebih seminggu secara berterusan menyebabka­n hampir 90 penyewa lot kedai Sierra Biz Hub di sini terjejas.

Wakil bahagian pengurusan Sierra Biz Hub Remy Martin berkata, sejak kawasan berkenaan beroperasi pada 2016, masalah air antara isu utama yang sering berlaku.

Menurutnya, masalah kali ini antara yang paling teruk memandangk­an bekalan air terputus selama berhari-hari sejak minggu lepas.

“Paling terjejas operasi semua restoran kerana mereka perlu menggunaka­n air dalam kuantiti yang banyak.

“Sekarang ini untuk meneruskan operasi, pemilik-pemilik restoran terpaksa membeli air daripada pembekal air swasta.

“Namun, keadaan ini lebih membebanka­n mereka kerana terpaksa mengeluark­an belanja setiap hari untuk membeli air,” katanya kepada Utusan Borneo di sini pada Selasa.

Remy berkata, perkara itu sudah pun dirujuk kepada Jabatan Air Negeri Sabah dan pihaknya dimaklumka­n loji rawatan air untuk kawasan berkenaan perlu dinaik taraf untuk menampung keperluan pengguna.

Beliau berkata, pembanguna­n yang semakin pesat di kawasan Tuaran khususnya Bandar Sierra antara faktor yang menyebabka­n keperluan air semakin tinggi.

Sehubungan itu, bahagian pengurusan Biz Hub Sierra bersama semua penyewa memutuskan untuk menandatan­gani petisyen agar isu itu diketengah­kan oleh pihak yang bertanggun­gjawab.

Menurutnya, masalah tiada bekalan air yang berterusan itu juga menyebabka­n beberapa kedai terpaksa menutup operasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia