Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga wanita warga China berdepan tali gantung

Ketiga-tiga suspek ditahan polis selepas didapati memiliki pelbagai jenis dadah bernilai RM38,000

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Tiga wanita warganegar­a China yang bekerja sebagai pelayan di sebuah pusat hiburan berdepan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan selepas didapati memiliki dan mengedar beberapa jenis dadah dianggarka­n bernilai RM38,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Sarawak Superinten­den Sahar Abd Latif berkata, ketiga-tiga suspek itu ditahan pada Selasa lepas susulan penahanan seorang daripada mereka di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Jugah, di sini.

Menurutnya, suspek se-

JSJN Sarawak kemudian membuat satu serbuan ke atas sebuah kondominiu­m dan berjaya menahan dua lagi suspek berusia 28 dan 33 tahun di dalam premis tersebut. Superinten­den Sahar Abd Latif Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak

masa ditahan didapati memiliki campuran serbuk jus buah-buahan dengan ekstasi seberat 1065.5 gram, pil ekstasi sebanyak 159 biji, 21.60 gram Ketamin dan sembilan gram ganja yang disimpan di dalam rak simpanan barang miliknya.

“Anggota JSJN Sarawak berjaya menjumpai satu ikatan anak kunci di pergelanga­n tangan (suspek) dan dengan dipandu arah olehnya telah membuka rak simpanan di belakang kaunter premis tersebut, di mana hasil pemeriksaa­n menjumpai dadah- dadah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Hasil siasatan lanjut terhadap suspek kemudian membolehka­n satu serbuan dilakukan ke atas kediamanny­a di Jalan Stampin Tengah, di sini pada hari yang sama.

“JSJN Sarawak kemudian membuat satu serbuan ke atas sebuah kondominiu­m dan berjaya menahan dua lagi suspek berusia 28 dan 33 tahun di dalam premis tersebut.

“Pemeriksaa­n lanjut berjaya menemui Ketamine seberat kira-kira 80 gram, campuran jus buah-buahan dengan ekstasi seberat 21.30 gram dan 0.92 gram Ketamine lagi,” kata Sahar.

Ketiga-tiga suspek kemu- dian ditahan di lokap polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 atas kesalahan pengedaran dadah.

“Selain sebuah kereta jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) milik suspek, turut dirampas ialah wang tunai kira-kira RM18,146.

“Ketiga-tiga suspek juga didapati tidak mempunyai rekod kesalahan (jenayah) lampau,” jelas Sahar.

Sementara itu di Serian, tiga lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia direman selama empat hari bermula Rabu lepas kerana disyaki terbabit aktiviti penyalahgu­naan dadah.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis berkata kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 33 tahun itu ditangkap dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tarat, Serian di mana pemeriksaa­n turut menemui keratan tiub straw berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphet­amine.

“Turut ditemui satu kotak mengandung­i peket plastik lutsinar dan keratan tiub straw masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphet­amine,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Keempat- empat suspek disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan 15(1)(A) ADB 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia