Utusan Borneo (Sarawak)

Peluang PH atau BN menang di kerusi Parlimen Stampin 50-50

-

KUCHING: Pertanding­an di Parlimen Stampin adalah 50-50 untuk dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei nanti.

Ini diakui Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen pada sidang media di pusat operasi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Batu Kawah di sini, semalam walaupun kerusi tersebut kini disandang parti yang dipengerus­ikannya itu.

Bagaimanap­un, beliau berkata mereka mempunyai strategi untuk memaksimum­kan peluang bagi memenangi kerusi tersebut, ketika parti komponen BN — Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) juga sedang berusaha keras untuk merampas semula kerusi itu yang pernah menjadi miliknya sebelum ini.

“Keutamaan kami adalah untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi yang ditandingi termasuk Stampin kerana sasaran kami adalah untuk menukar kerajaan dan kami memerlukan sebanyak mungkin kerusi dari Sarawak,” katanya yang juga penyandang Parlimen Bandar Kuching.

Ditanya sama ada strategi yang akan diguna pakai adalah dengan beliau sendiri bertanding di Stampin dan menyerahka­n Bandar Kuching kepada Pembantu Khasnya Kelvin Yii, Chong enggan mendedahka­nnya.

“Kami akan umumkan nanti (calon Stampin dan Bandar Kuching)...namun apa sahaja keputusan boleh berubah sehingga hari penamaan calon, ia bergantung kepada situasi,” katanya.

Parlimen Stampin kini disandang oleh Julian Tan daripada DAP, namun beliau tidak akan bertanding semula di kerusi berkenaan pada PRU14 ini.

Justeru, Kelvin dikatakan bakal menggantik­an Julian namun Chong turut dikaitkan di kerusi berkenaan bagi menghadapi lawan daripada SUPP, yang dijangka menampilka­n Presidenny­a yang juga Menteri Kerajaan Tempatan merangkap ADUN Batu Ka- wah Datuk Dr Sim Kui Hian atau ADUN Batu Kitang merangkap Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) Lo Khere Chiang.

Sementara itu, Chong berkata DAP Sarawak akan mengumumka­n calon bagi lima lagi kerusi yang ditandingi parti itu pada 23 April nanti iaitu membabitka­n Parlimen Bandar Kuching, Stampin, Mas Gading, Serian dan Bintulu.

Katanya, pengumuman akan dibuat oleh Penasihat DAP Pusat Lim Kit Siang dalam ceramah yang akan diadakan di pusat operasi DAP Batu Kawah, di sini bermula jam 7 hingga 10 malam.

DAP Sarawak akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen dalam PRU14 ini, di mana calon bagi empat kerusi dari zon tengah sudah diumumkan baru-baru ini iaitu Alice Lau di Parlimen Lanang, Oscar Ling (Sibu), Wong Lin Biu (Sarikei) dan Paren Nyawi (Kapit).

Turut hadir Julian, ADUN Pending Violet Yong, Kelvin dan bekas ADUN Batu Kawah Christina Chiew.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia