Utusan Borneo (Sarawak)

Kursus Pengurusan Perniagaan untuk Kontraktor mendapat sambutan menggalakk­an

-

TADIKA Sri Keria di sini, menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Seoul Youngjae Childcare Centre di Korea baru-baru ini untuk menjalin kerjasama erat dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Dengan MoU tersebut, kedua-dua pusat penjagaan kanak-kanak itu bersetuju bekerjasam­a untuk saling bertukar pengetahua­n dalam pendidikan kanakkanak terutama dari segi teknologi dan pendidik.

MoU tersebut ditandatan­gani oleh pengerusi Tadika Sri Keria, Ain Nessa Mohamad Morshidi dan pengetua Seoul Youngjae Childcare Centre Lee Wol Rye pada satu majlis yang diadakan di bandar Guro, sebuah daerah di Seoul, Korea Selatan.

Upacara tersebut turut disaksikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato James Chan dan Datuk Bandar Guro Lee Sung.

Ain Nessa menjelaska­n inisiatif MoU itu dibuat adalah kerana pihaknya amat tertarik dengan cara warga Korea menjalanka­n pendidikan awal kanakkanak mereka.

“Kami melihat bagaimana orang Korea menegaskan etika dan disiplin dalam kehidupan seharian dan menanamkan­nya kepada anak-anak mereka.

“Mereka juga memberi tumpuan kepada kepentinga­n alam sekitar yang kami dapat melihat sendiri di tadika di sana,” katanya sambil menambah pihaknya amat terkesan dengan sistem pendidikan yang dikuatkuas­akan di Korea Selatan.

Justeru, beliau berkata Tadika Sri Keria akan melihat ke arah menguatkua­sakan sistem pembelajar­an inovatif yang baharu dan mengemas kini ke dalam tadika mereka.

“Dengan visi dan misi kami untuk menaik taraf dan meningkatk­an pengalaman pembelajar­an kanak-kanak, kami berharap dapat memberikan pendedahan yang lebih tinggi supaya mereka dapat memiliki asas untuk menjadi yang terbaik dalam semua usaha masa depan mereka,” katanya. KURSUS Pengurusan Perniagaan untuk Kontraktor anjuran Dewan Perdaganga­n dan Perindustr­ian Dayak (DCCI) mendapat sambutan menggalakk­an daripada kontraktor muda berpotensi.

Kursus yang berlangsun­g selama tiga hari itu bermula kelmarin di Hotel Telang Usan di Kuching dan disertai kira-kira 30 kontraktor muda dari Kuching, Simunjan, Samarahan, Puncak Borneo dan Daro.

Konsultan Latihan Campbell Apau dari Prime Mover Consultant Sdn Bhd, syarikat pelatih bertauliah Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengendali­kan kursus tersebut.

Kursus berkenaan menyentuh 40 mata CIDB dan menjadi mandatori untuk kontraktor mendaftar dengan lembaga berkenaan.

Antara 40 mata CIDB yang dibincangk­an ialah pembanguna­n rangkaian hubungan, pengurusan sumber manusia, perakaunan asas, undangunda­ng dan dasar, dana dan pembiayaan projek.

Semua itu merupakan prasyarat penting untuk kontraktor yang berjaya.

Timbalan Presiden DCCI Kilat Beriak dalam ucapan ringkasnya semasa merasmikan kursus itu berterima kasih kepada Lebuh Raya Borneo Utara (LBU) atas sumbangann­ya dalam bentuk dana yang membolehka­n dewan itu menganjurk­an beberapa siri kursus pengurusan perniagaan semenjak September 2017.

Turut hadir, Ahli Majlis Tertinggi DCCI Dr Joseph Jawa Kendawang, Pengerusi Jawatankua­sa Tenaga Kerja DCCI Mabel Salin dan Pengurus Unit Pembinaan Kapasiti DCCI Terence Temenggung Jayang.

 ??  ?? PERMULAAN: Kilat (duduk, dua kanan), Dr Joseph (duduk, kanan), Apau (duduk, dua kiri) dan Terence (duduk, kiri sekali) bergambar bersama peserta kursus anjuran DCCI.
PERMULAAN: Kilat (duduk, dua kanan), Dr Joseph (duduk, kanan), Apau (duduk, dua kiri) dan Terence (duduk, kiri sekali) bergambar bersama peserta kursus anjuran DCCI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia