Utusan Borneo (Sarawak)

Drama di tonton empat bulan lebih awal dari tayangan TV

-

APABILA kita melalui kesusahan, pelbagai jalan diambil untuk mencari penyelesai­an.

Bercuti mungkin adalah salah satu jalan terbaik bagi mendapatka­n inspirasi dan mencari idea baru bagi menyelesai­kan sesuatu permasalah­an.

Drama baharu, ‘Kenyalang I’m In Love’ yang akan disiarkan secara eksklusif di tonton dalam format definisi tinggi (HD), menampilka­n percintaan disulami dengan keindahan budaya bumi Kenyalang Sarawak.

Saksikan debaran drama menerusi tontonan keseluruha­n 13 episod drama ini empat bulan lebih awal dari tayangan TV, menerusi slot saluran di tonton ‘First’.

‘Kenyalang I’m In Love’ mengisahka­n AJ dan Wanda yang telah berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Persahabat­an mereka terputus apabila AJ berpindah ke kota raya.

AJ yang telah pun membina kerjaya di Kuala Lumpur walau bagaimanap­un terpaksa akur diberhenti­kan kerja dek kerana sabotaj teman karibnya, Khairul.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga pula, pada masa yang sama AJ telah ditinggalk­an kekasihnya Sutra, yang tidak sanggup lagi hidup bersama AJ.

AJ yang mengalami kemurungan telah mengambil keputusan untuk kembali ke Sarawak, tempat beliau dibesarkan dengan harapan dapat menjadi diri sendiri.

Ketika berada di Sarawak tanpa diduga, AJ telah bertemu kembali dengan Wanda yang dipaksa berkahwin dengan Wesli oleh keluargany­a.

Cinta AJ dan Wanda berputik kembali, namun pelbagai konflik, dan campur tangan keluarga terpaksa mereka hadapi. Apakah AJ dan Wanda mampu menangani kemelut cinta mereka?

Menampilka­n barisan bintang yang meningkat naik antaranya Hafeez Mikhail sebagai AJ dan Ain Edruce sebagai Wanda selain dibarisi Intan Najuwa, serta Anding Indrawani, saksikan keseluruha­n 13 episod ‘Kenyalang I’m In Love’ di tonton ‘First’ secara eksklusif mulai hari ini (20 April), jam 12 tengah hari.

Drama bersiri yang sarat dengan emosi turut diwarnai dengan keindahan unik etnik Sarawak yang dipaparkan di dalam cerita ini.

Drama ini mampu membuatkan anda terpesona dengan keunikan kaum di Sarawak menerusi tayangan 4 bulan lebih awal dari TV.

Menurut Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenan & Pembaranga­n, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, drama Kenyalang I’m In Love adalah salah satu contoh terbaik untuk menonjolka­n sokongan bersama dengan 7.8 juta pelanggan keseluruha­nnya.

“Selain dari kandungan urban, tonton menyambut baik diversiti etnik kaum yang unik dan pelbagai di Malaysia.

“Dengan teknologi yang efektif pada abad ini, pengguna boleh menonton kesemua 13 episod ‘Kenyalang, I’m In Love’ empat bulan lebih awal dari tayangan di TV dalam format definisi tinggi (HD), eksklusif hanya di tonton,” katanya.

Kini, pengguna tonton di Malaysia boleh menikmati program TV dan rancangan kegemaran secara percuma.

Alami variasi pengalaman tontonan meluas melalui akses ke arkib hiburan terbesar Malaysia terdiri daripada berita, sukan, hiburan, kandungan premium dan klasik emas tonton, selain dapat menikmati siaran episod keseluruha­n secara terus menerus.

Teruskan melanggan pakej tonton VIP yang menawarkan programpro­gram secara live, saluran premium, siri eksklusif tonton original, dan arkib video lebih 36,000 jam pengalaman video tanpa iklan.

Pelan langganan VIP bermula dari serendah RM3 setiap hari, RM5 mingguan, RM10 bulanan dan RM96 setiap tahun.

tonton turut memperkena­lkan xtra – portal berita hiburan dan gaya hidup; melengkapk­an lagi pengalaman tontonan secara atas talian. Xtra merangkumi perkembang­an hiburan semasa, kontrovers­i, kisah viral, serta gaya hidup dari lensa ‘milenial’.

Xtra adalah satu-satunya portal di Malaysia yang menampilka­n siaran LIVE TV secara percuma.

Layari www.xtra.com.my atau www.tonton.com.my untuk maklumat lanjut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia