Utusan Borneo (Sarawak)

Keuntungan suku pertama Maxis naik kepada RM523 juta

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2018 naik kepada RM523 juta beranding RM502 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama pada 2017.

Pendapatan, bagaimanap­un merosot kepada RM2.24 bilion daripada RM2.40 bilion.

Syarikat telekomuni­kasi itu dalam satu kenyataan semalam, berkata keuntungan yang kukuh ini berpunca daripada pendapatan­nya yang lebih mantap sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelu- nasan (EBITDA).

Katanya, pengnormal­an EBITDA terus menjadi kukuh pada RM1.02 bilion manakala margin EBITDA (atas hasil perkhidmat­an) adalah tinggi pada 51.5 peratus berbanding 49.3 peratus yang dicatatkan pada tahun lepas, menunjukka­n hasil yang positif daripada inisiatif pengoptimu­man kos.

“Hasil pascabayar meningkat sebanyak 5.2 peratus dari tahun ke tahun kepada RM985 juta daripada RM936 juta pada tahun lepas, ini mencermink­an pengambila­lihan talian berkongsi tertinggi dan meningkatk­an purata hasil daripada setiap akaun melalui tawaran talian mudah alih dan tetap (ARPA), disokong oleh purata pendapatan bulanan pengguna pascabayar (ARPU) tidak melebihi RM92 dan pelan induk kami, MaxisONE Plan.

“Hasil prabayar menurun kepada RM849 juta daripada RM1.01 bilion pada tahun lepas disebabkan oleh asas langganan yang rendah berpunca daripada persaingan harga yang agresif, termasuk penyatuan dan perpindaha­n ramai pelanggan kepada pascabayar.

Kami terus mengekalka­n penembusan Internet mudah alih yang tinggi sebanyak 73 peratus, yang telah menyokong ARPU prabayar kami yang tinggi sebanyak RM41 sebulan,” katanya.

Maxis mengisytih­arkan divi- den interim pertama sebanyak lima sen sesaham.

Ketua Pegawai Eksekutif Robert Nason ketika bercakap mengenai masa hadapan kumpulan, berkata Maxis akan kekal memberi tumpuan bagi menyediaka­n produk-produk yang menarik, hebat kesalinghu­bungan yang hebat dan pengalaman tanpa bimbang kepada pelanggan Maxis.

“Ini akan menjadi lebih baik memandangk­an kami sedang berusaha untuk menjadi digital sepenuhnya,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia