Utusan Borneo (Sarawak)

Hormati MoU dengan SUPP, UPP sokong calon BN di Lanang

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) akan menghormat­i Memorandum Persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan menyokong mana-mana calon Barisan Nasional (BN) yang diletakkan di kerusi Parlimen Lanang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Timbalan Presidenny­a Datuk Dr Jerip Susil berkata MoU itu bertindak sebagai landasan untuk kedua-dua parti bekerjasam­a seiring dengan idea mencari calon terbaik dan boleh menang.

“Menerusi MoU ini, kita mesti bersatu memberi sokongan kepada calon yang boleh menang. Itulah semangat memorandum itu, dengan itu kita belajar untuk bekerjasam­a.

“Jadi, siapa sahaja yang akan dipilih (menjadi calon) nanti, kita mesti memberi sokongan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melepaskan peserta Larian Amal UPP 2018 di Crown Towers di sini semalam.

Dr Jerip yang juga Menteri Muda Pengangkut­an menambah: “Sama ada calon daripada SUPP atau UPP bukan masa- lah kerana kita di bawah satu payung.”

“Payung yang saya maksudkan ialah payung SUPP yang dipersetuj­ui di bawah Barisan Nasional.”

Beliau bagaimanap­un dengan pantas mengatakan beliau tidak boleh mengatakan sama ada calon BN untuk Lanang daripada UPP atau SUPP.

“Apapun ( jawapannya), biarlah pucuk kepimpinan Barisan Nasional yang menentukan calon terbaik,” tegasnya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan berita memetik SUPP sebagai berkata ahlinya Kelvin Kong merupakan calon BN untuk Lanang pada PRU14.

Mengenai perbualan hangat mengatakan UPP mengintai dua kerusi bandar pada pilihan raya kali ini, Dr Jerip berkata: “Apa yang kami lakukan ialah menyediaka­n calon terbaik dan kami akan membenarka­n pucuk kepimpinan BN memilih calon yang terbaik.”

Katanya lagi apabila pucuk kepimpinan BN memiliha calon terbaik dan boleh menang, UPP dan SUPP seharusnya bekerjasam­a menyokong calon yang dipilih itu.

Ditanya sama ada UPP akan berkecil hati atau kecewa jika calon yang dicadangka­n tidak dipilih pucuk kepimpinan BN, Dr Jerip berkata: “Ia bukan persoalann­ya, kecewa atau tidak. Persoalann­ya ialah sejauh mana kami dapat bekerjasam­a.”

MoU yang ditandatan­gani antara SUPP dan UPP Mac lalu bertujuan mencapai persefaham­an politik terbaik bagi memastikan kemakmuran Sarawak yang seterusnya.

 ??  ?? SOKONG: Dr Jerip ketika ditemu bual pemberita selepas melepaskan peserta Larian Amal UPP 2018 di Kuching semalam.
SOKONG: Dr Jerip ketika ditemu bual pemberita selepas melepaskan peserta Larian Amal UPP 2018 di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia