Utusan Borneo (Sarawak)

Cukai, zakat, royalti dikembalik­an kepada Sarawak jika PAS menang PRU14: Hadi

-

KUCHING: Hasil cukai dan zakat termasuk royalti minyak akan dikembalik­an kepada Sarawak jika Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjaya membentuk kerajaan pusat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Jaminan itu ditegaskan Presidenny­a Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media sempena Majlis Pengumuman Rasmi Calon PRU14 PAS Sarawak di Pejabat Penerangan PAS Sarawak, Matang Jaya di sini kelmarin.

“Inilah janji kita kerana ia berdasarka­n konsep pengurusan percukaian dalam Islam yang menyatakan bahawa hasil cukai dan zakat harus diutamakan bagi digunakan untuk membangun dan mem- bantu rakyat dalam negeri.

“Malah, ini juga termasuk royalti minyak dan gas yang akan dikembalik­an kepada Sarawak jika kita berjaya menang dan membentuk kerajaan pada PRU14 ini,” katanya.

Pada masa sama Hadi memberitah­u, PAS yakin mampu membentuk kerajaan campuran pada PRU14 ini berdasarka­n sokongan padu rakyat terutama generasi muda.

Dedahnya, daripada 160 kerusi Parlimen yang akan ditandingi PAS pada PRU14 ini, beliau yakin parti itu mampu memenangi 112 kerusi Parlimen.

Beliau menjelaska­n, pada masa ini, konsep pengurusan cukai dalam Islam tidak diterapkan yang mana hasil dari Sarawak diambil kerajaan pusat sebelum dikembalik­an dengan kadar yang kecil.

“Perkara inilah yang akan kita ubah di mana hasil negeri akan diuruskan oleh negeri itu sendiri untuk membantu dan membanguna­n rakyat di negeri sendiri sebelum diagihkan kepada negeri lain,” katanya.

Selain itu, Hadi menegaskan, sekiranya PAS memperoleh majoriti kerusi parlimen pada PRU14 ini, pihaknya sedia bekerjasam­a dengan manamana parti untuk membentuk kerajaan campuran.

Turut hadir Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pesuruhjay­a PAS Sarawak Jofri Jaraiee.

 ??  ?? JANJI KAMI: Hadi ditemani Jofri, Samsuri dan calon PAS Sarawak mengadakan sidang media.
JANJI KAMI: Hadi ditemani Jofri, Samsuri dan calon PAS Sarawak mengadakan sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia