Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Pembanguna­n Pelajar UNIMAS sekali lagi adakan pameran kerjaya

-

KUCHING: Pusat Pembanguna­n Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sekali lagi akan mengadakan pameran kerjaya.

Tahun ini, pameran kerjaya tersebut diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementeria­n Pendidikan Tinggi.

Program yang dikenali sebagai Talent Recruitmen­t and Talent Exhibition – MyCareer@MOHE2018 (TRACEMyCar­eer@ MOHE2018) akan diadakan pada 25 hingga 26 April ini di Dewan Banquet, DeTAR Putra UNIMAS.

Pada tahun lepas, TRACE yang diadakan (dengan kerjasama SL1M) telah dihadiri lebih 100 majikan yang menawarkan pelbagai jawatan dan pengunjung yang hadir adalah sekitar 15,000 orang.

TRACE- MyCareer@ MOHE2018 juga menyasarka­n jumlah pengunjung lebih ramai pada kali ini.

Program itu diadakan bertujuan menonjolka­n bakat bakal- bakal graduan UNIMAS, politeknik, Kolej Komuniti di negeri Sarawak kepada pihak industri.

Program ini sejajar dengan usaha negara meningkat kebolehpas­aran graduan-graduan melalui jaringan dengan intitusi dan universiti.

Secara umumnya ia merupakan pameran kerjaya yang melibatkan majikan-majikan yang menawarkan peluang pekerjaan dan membuka kaunter pameran serta memberi peluang kepada orang ramai mendapatka­n infomasiin­fomasi tentang jawatan-jawatan yang ditawarkan dari segi kelayakan dan kemahiran yang diperlukan.

Para penuntut institusi pendidikan tinggi, bakal graduan, graduan daripada politeknik dan kolej- kolej komuniti serta orang ramai yang sedang mencari peluang pekerjaan dijemput hadir untuk bersama-sama merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan bakal- bakal majikan yang akan hadir ke TRACE-MyCareer@MOHE 2018 pada 25 san 26 April 2018 ini.

Para pengunjung juga digalak membawa resume serta salinan dokumen-dokumen untuk memohon pekerjaan serta berpakaian formal dan bersesuaia­n.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Pusat Pembanguna­n Pelajar UNIMAS di talian 082- 581944 atau hantarkan e-mel ke unimastrac­e@event.unimas.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia