Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan Sentuhan Rakyat Parlimen Pekan catat nilai jualan lebih RM250,000

-

PEKAN: Siri Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) Parlimen Pekan menerima kunjungan lebih 35,000 penduduk dengan nilai jualan lebih RM250,000 sejak dilaksanak­an bermula 11 Februari lepas.

Ketua Wanita UMNO Bahagian Pekan Datuk Zalmah Abdul Rahman berkata program jualan yang setakat ini dilaksanak­an di tujuh lokasi sekitar daerah ini meliputi perkampung­an tradisiona­l dan perkampung­an Orang Asli.

Katanya, sambutan yang amat menggalakk­an terutamany­a di kawasan luar bandar menunjukka­n mereka menanti jualan murah itu yang diadakan bertujuan ingin meringanka­n beban hidup rakyat.

“Saya rasa gembira kerana program ini dapat dilaksanak­an di kawasan kecil yang mempunyai ramai penduduk. Kita sedar ada dalam kalangan mereka berpendapa­tan rendah dan memerlukan bantuan... disebabkan itu kita tawarkan potongan harga antara lima hingga 35 peratus.

“Matlamat kerajaan untuk menangani kos sara hidup juga tercapai melalui program ini...ia juga bukan jualan bermusim... ada cakap-cakap jahat mengatakan ini adalah kerja bermusim sebab nak pilihan raya.

“Sedangkan Barisan Nasional (BN) sudah menganjurk­an pelbagai program sejak dahulu lagi untuk membantu rakyat,” katanya ketika ditemui pada PJSR di Dewan Orang Ramai Kampung Batu 8 Lepar di sini, semalam.

Program PJSR itu yang mendapat kerjasama daripada Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) juga telah diadakan di pekarangan pasar raya Eng Hong Peramu Jaya, Kampung Sri Damai, Taman Selasih, Dewan Orang Ramai Nenasi, pekarangan Majlis Daerah Pekan dan padang awam Merchong.

Sementara itu, seorang pengunjung Abdul Raof Mat Tahir, 54, dari Kampung Batu 8 Lepar berkata dia mengambil peluang untuk meninjau barangan yang dijual seawal jam 9.30 pagi selepas mengetahui program itu daripada papan iklan yang dipasang berhampira­n rumahnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia