Utusan Borneo (Sarawak)

Zulhasnan dan Yew kembali bertarung di gelanggang PRU14

Raja Nong Chik pula dicalonkan semula di Parlimen Lembah Pantai

-

Selain itu, saya sering turun padang membantu masyarakat Cina dan India terutamany­a dalam isu penjaja dan perumahan.

SHAH ALAM: Calon UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) Selangor bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 ( PRU14) perlu menandatan­gani akujanji untuk tidak bertanding pada pemilihan UMNO akan datang bagi membolehka­n mereka memberikan fokus kepada kawasan masing-masing.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata langkah itu akan dapat meyakinkan pengundi bahawa calon yang bakal diberi mandat wakil rakyat itu dipilih khusus untuk berkhidmat hanya untuk rakyat.

Noh yang juga Pengerusi BN Selangor berkata mereka yang tercalon akan menandatan­gani aku janji berkenaan pada majlis pengumuman calon BN Selangor hari ini.

“Siapa menang (PRU14) tak bertanding sesama wakil rakyat dalam pemilihan UMNO akan datang sebab kita nak buktikan kita bekerja untuk rakyat. Yang penting, sebagai wakil rakyat, kita bekerja untuk rakyat dan bekerja sebagai pasukan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas sesi perjumpaan dengan anggota Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk (JPP) serta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKKP) Selangor, di sini semalam.

Mengenai pengumuman calon hari ini, Noh berkata senarai calon kali ini akan menampilka­n banyak muka baharu selain kira-kira enam wakil wanita.

“Semua layak jadi calon namun hanya seorang yang akan dipilih, walaupun calon bukanlah ‘sempurna’ tetapi mereka adalah yang ‘boleh menang dan disukai’,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Bagai sirih pulang ke gagang. Dua calon Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutua­n kembali ke gelanggang Pilihan Raya Umum (PRU) untuk bertanding kerusi Parlimen yang pernah mereka wakili sebelum ini.

Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique dan Pengerusi MCA Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Yew Teong Look merupakan ‘muka lama’ yang diumumkan sebagai calon BN pada PRU Ke-14 (PRU14), yang masing- masing akan bertanding di Parlimen Setiawangs­a dan Wangsa Maju.

Zulhasnan ketika ditemui wartawan selepas pengumuman itu berkata, beliau akan menggunaka­n kelebihann­ya sebagai penduduk Setiawangs­a selama lebih 20 tahun untuk memenangi PRU14.

“Selama lima tahun kebelakang­an ini, walaupun saya tidak menjadi wakil rakyat, saya sentiasa turun padang atas platform Yayasan Amal Wangsa serta platform UMNO dan BN.

“Walaupun calon pembangkan­g terdiri daripada orang muda namun saya yakin ramai penduduk Setiawangs­a sudah kenal saya, rumah saya juga di Setiawangs­a,” katanya, sambil menambah calon setempat lebih berpotensi untuk menang.

Beliau yang masih berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat sejak 2016 berkata akan meletakkan jawatannya itu selewat-lewatnya Selasa ini selepas menerima watikah sebagai calon BN Setia-

Datuk Seri Yew Teong Look Calon Wangsa Maju BN

wangsa.

Zulhasnan pernah mewakili Parlimen Setiawangs­a selama dua penggal selepas memenangi kerusi itu pada PRU11 dan PRU12.

Sementara itu, Yeow yang pernah memenangi kerusi Parlimen Wangsa Maju pada PRU11 pada 2004 berkata beliau yakin usahanya membantu penduduk Wangsa Maju tanpa mengira kaum akan dapat merampas kembali kerusi itu daripada PKR pada PRU14.

Bagaimanap­un pada PRU12, beliau gagal mempertaha­nkan kerusi itu apabila tewas kepada calon PKR.

“Kebanyakan orang Wangsa Maju sudah kenal saya, malah saya terus berkhidmat di kawasan itu walaupun tidak bertanding pada penggal lepas dan turut membantu masyarakat Cina membina SJKC Wangsa Maju.

“Selain itu, saya sering turun padang membantu masyarakat Cina dan India terutamany­a dalam isu penjaja dan perumahan,” kata Yeow.

BN Wilayah Persekutua­n turut mencalonka­n semula bekas Menteri Wilayah Persekutua­n dan Kesejahter- aan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin bagi Parlimen Lembah Pantai.

Raja Nong Chik berkata beliau tidak pernah putus asa sejak ‘gagal’ dalam PRU13 dan terus berkhidmat di kawasan Lembah Pantai berbanding dengan wakil rakyat dua penggal kawasan itu.

“Boleh dikatakan dua minggu selepas saya tewas, saya turun ke kawasan Lembah Pantai. Jiwa saya adalah bersama Lembah Pantai kerana saya membesar di Lembah Pantai dan berkahwin di Lembah Pantai.

“Tidak ada mana- mana (tempat) lagi. Lembah Pantai adalah tempat saya dan saya seronok bersama-sama warga Lembah Pantai,” katanya.

Raja Nong Chik berkata beliau telah membuktika­n rekod khidmatnya di Lembah Pantai dan menyerahka­n kepada pengundi untuk menentukan kemenangan BN dalam PRU14.

“Saya rasa ramai juga pengundi yang dahulu menyokong PKR kini berkata mereka hargai sikap saya tidak putus asa walaupun pengundi Lembah Pantai telah tolak saya pada PRU13. Saya tidak mahu berlakon bahawa saya lebih rajin dua, tiga minggu ini.

“Saya dah buktikan komitmen saya terhadap Lembah Pantai tetap sama. Sekarang saya dapati penyokongp­enyokong PKR pun dah mula menawarkan diri untuk menyokong BN,” jelasnya.

Pada PRU13, Raja Nong Chik tewas kepada calon PKR Nurul Izzah Anwar dalam pertanding­an tiga penjuru dengan majoriti 1,847 undi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIJULANG: Nong Chik (tengah) dijulang oleh penyokong beliau selepas Pelancaran Manifesto dan Sesi Perkenal Calon BN Wilayah Persekutua­n di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama DIJULANG: Nong Chik (tengah) dijulang oleh penyokong beliau selepas Pelancaran Manifesto dan Sesi Perkenal Calon BN Wilayah Persekutua­n di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SOKONGAN: Para tetamu yang hadir memberi sokongan ketika Noh menyampaik­an ucapan pada sesi Town Hall bersama Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk (JPP) dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKKP) Negeri Selangor di Shah Alam,...
— Gambar Bernama SOKONGAN: Para tetamu yang hadir memberi sokongan ketika Noh menyampaik­an ucapan pada sesi Town Hall bersama Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk (JPP) dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKKP) Negeri Selangor di Shah Alam,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia