Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Berbasikal MTB Jamboree Bukit Tangki berjaya capai peringkat antarabang­sa

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kejohanan Berbasikal MTB Jamboree Bukit Tangki, Kampung Pahlawan Limbang 2018 berjaya mencapai peringkat antarabang­sa dengan menarik penyertaaa­n dari negara luar.

Kejohanan memasuki edisi kedua penganjura­nnya disertai hampir 200 peserta bukan sahaja dari Brunei, Sabah dan Sarawak malah dari New Zealand.

Penyandang kerusi Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah berkata bagi mengadakan kejohanan itu di peringkat antarabang­sa pertubuhan bukan kerajaan (NGO)dan persatuan perlu tampil dengan kajian menyeluruh mengenai keselamata­n trek venuenya.

“NGO dan persatuan perlu melakukan kajian menyeluruh dari aspek keselamata­n trek sama ada mengikut piawaian tertentu atau sebaliknya.

“Kajian ini penting bagi memastikan keselamata­n peserta dan kejohanan dapat dianjurkan mengikut standard tersendiri seperti sukan tarik tali sudah mencapai peringkat antarabang­sa,” katanya ditemui pada MTB Jamboree Bukit Tangki, Limbang 2018 di Kampung Pahlawan Limbang semalam.

Kejohanan itu dianjurkan bersama Pejabat Daerah Limbang, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak ( SABERKAS) Bukit Kota dan Kelab Sukan dan Rekreasi ABC Pahlawan.

Turut sama Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri, Walikota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Pengerusi ABC Club Tarmizi Wahab dan Ket- ua Kampung Pahlawan, Bongsu Tambah.

Hasbi turut merakamkan penghargaa­n kepada Kelab ABC yang menganjurk­an kejohanan itu sekali gus mampu menarik penyertaan memberangs­angkan dari peserta luar.

“Kejohanan ini mampu menjadi ikon memperke- nal Limbang sebagai venue utama sukan berbasikal peringkat antarabang­sa,” jelasnya.

Seramai 178 peserta menyertai kejohanan itu dengan peserta paling tua berusia 56 tahun dari Brunei dan peserta termuda dari Sabah berusia 16 tahun.

Juara menerima wang tunai RM500, kedua RM300 dan ketiga menerima RM200.

Dalam pada itu, Tarmizi memberitah­u kejohanan ini turut dinaik taraf dari edisi pertama dengan mengangkat­nya menjadi kejohanan Jamboree berbanding ‘Fun Ride’ sebelum ini.

“Malah, dari segi kemudahan trek kita juga menambah laluan selorong untuk satu kilometer musim ini,” katanya.

 ??  ?? ANTARABANG­SA: Bongsu (tujuh kiri), Jamalie, Hasbi, Sufian, Tarmizi (kanan) dan tetamu lain pada perasmian MTB Jamboree Bukit Tangki 2018 di Kampung Pahlawan, Limbang semalam.
ANTARABANG­SA: Bongsu (tujuh kiri), Jamalie, Hasbi, Sufian, Tarmizi (kanan) dan tetamu lain pada perasmian MTB Jamboree Bukit Tangki 2018 di Kampung Pahlawan, Limbang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia