Utusan Borneo (Sarawak)

24 kanak-kanak sertai latihan futsal Milo Champions Clinic 2018

-

KUCHING: Seramai 24 kanakkanak berusia dari 7 hingga 12 tahun menyertai latihan futsal, Milo Champions Clinic 2018 diadakan di Stadium Vikings Futsal Kuching semalam.

Program tahunan Milo itu dikendalik­an oleh Kelab Futsal Petra Jaya dengan kerjasama Vikings Futsal Sarawak.

Barisan jurulatih terdiri Busrah Ahmad, Awang Zaifulizan Abdul Rahman, Razali Bujang, Siti Noorhaida Daud, Suharyati Sulaiman dan Ismandy Kria.

Ketua jurulatih futsal kebangsaan, Chiew Chun Yong berkata ini kali pertama program tersebut dianjurkan di Sarawak selepas dimulakan sejak empat tahun lalu.

“In merupakan program akar umbi sukan futsal bertujuan mencungkil bakat-bakat baharu kalangan kanak-kanak di Sarawak.

“Program di sini diadakan sebanyak lapan sesi dan berhenti pada 14 Mei depan sebelum disambung semua selepas bulan puasa. Kita akan meneruskan program ini seluruh Sarawak dan menyasarka­n enam lagi bandar di negeri ini.

“Melalui program ini, Milo menyediaka­n segala peralatan latihan. Saya menyediaka­n modul latihan perlu diikuti oleh jurulatih memastikan peserta dilahirkan berkualiti,” katanya semasa melawat klinik itu semalam.

Menurut Chiew, seorang peserta terbaik dari Sarawak dipilih menyertai 18 peserta lain menjalani latihan di Barcelona ditanggung sepenuhnya oleh Milo pada penghujung November ini.

Justeru, beliau berharap setiap peserta berusaha dengan gigih merebut slot kerana mereka perlu menepati kriteria tertentu untuk dipilih.

“Program ini akan dibesarkan dari tahun ke tahun kerana kita berhasrat melahirkan lebih ramai pemain futsal muda yang berjaya.

“Saya percaya Sarawak mempunyai ramai pemain futsal berbakat boleh digilap menjadi pemain futsal atau bola sepak berjaya suatu hari nanti.

“Pada masa sama, program ini turut membantu membangunk­an kemahiran jurulatih kerana setiap tahun kita memperting­kat modul latihan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia