Utusan Borneo (Sarawak)

Puluhan mayat ditemui dalam kubur beramai-ramai di Raqa

-

QAMISHLI: Puluhan mayat, termasuk pejuang dan orang awam, ditemui dalam kubur beramai-ramai di bekas kubu kuat kumpulan Islamic State di Raqa, Syria, menurut pegawai tempatan kelmarin.

Bekas bandar utama de facto kumpulan tersebut di utara Syria itu telah menyaksika­n pejuang ditundukka­n Pasukan Tentera Demokratik Syria yang disokong Amerika Syarikat (AS) pada Oktober 2017.

Hampir 50 mayat ditemui dalam kubur itu yang dipercayai mengandung­i sehingga 200 mayat, kata Abdallah alEriane, pegawai kanan Majlis Sivil Raqa yang kini menguruska­n bandar tersebut.

Kubur beramai-ramai itu terletak di bawah padang bola sepak, berhampira­n sebuah hospital di mana pejuang menggali sebelum dihalau keluar dari bandar.

“Padang itu dilihat sesuai untuk pengebumia­n, yang telah dilakukan secara tergesages­a.

“Pihak pejuang telah bersembuny­i di hospital,” menurut pegawai itu, sambil menambah beberapa mayat telah ditandakan dengan nama panggilan pejuang sementara bagi orang awam hanya terdapat nama pertamanya.

Sejak beberapa bulan lepas, kedua-dua pihak Syria dan Iraq menemui kubur beramairam­ai di beberapa kawasan yang sebelum ini ditawan pejuang.

Pasukan tentera Syria menemui sebuah kubur beramairam­ai mengandung­i lebih 30 mayat mangsa IS di wilayah Raqa pada Februari.

Ini diikuti dua penemuan sama oleh tentera Syria.

Kumpulan Islamic State, yang menuntut kerajaan Islam ke atas sebahagian kawasan di Syria dan Iraq pada 2014, kini kehilangan hampir semua kawasan yang pernah dikuasainy­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia