Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan MSM didagangka­n bercampur-campur

-

KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagang bercampur minggu ini menjelang pilihan raya umum.

Peniaga Kanan Interband Group of Companies Jim Teh berkata, pasaran dijangka didagangka­n antara RM2,365 dan RM2,420 setan.

Beliau berkata penggiat pasaran dijangka memantau rapat perkembang­an Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei.

“Pembeli mungkin dari negara Timur Tengah, Pakistan dan beberapa pembeli dari China, dengan India mungkin tidak membeli banyak ekoran kerajaan negara itu menaikkan tarif import,” katanya kepada Bernama semalam.

Sementara itu, Pakar Produk Derivatif Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng berkata MSM diniagakan lebih tinggi susulan berita yang mengatakan hasil tuaian pesaingnya, kacang soya, bagi 2017/2018 dijangkaan merosot kepada 37.6 juta tan berbanding 55 juta tan pada tahun lepas berikutan kemarau berpanjang­an d Argentina yang merupakan antara pengeluar utama kacang soya.

Bagaimanap­un, lonjakan dalam minyak mentah dan komoditi boleh meningkatk­an ringgit,” katanya, sambil menambah ini akan menjejaska­n harga MSM.

Bagi minggu yang baharu berakhir, pasaran mencatatka­n harga yang lebih tinggi ekoran peningkata­n ringgit.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Mei 2018 meningkat RM18 kepada RM2,410 setan, Jun 2018 meningkat RM16 kepada RM2,415 setan, Julai 2018 menambah RM13 kepada RM2,414 setan manakala Ogos 2018 menokok RM15 kepada RM2,416 setan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 234,348 lot daripada 209,078 lot minggu lepas, manakala minat terbuka meningkat kepada 275,865 kontrak daripada 270,126 kontrak.

Di pasaran fizikal, Mey ke Selatan meningkat RM20 kepada RM2,430 setan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia