Utusan Borneo (Sarawak)

Shinkansen mencetuska­n keterujaan Badan kereta api dunia menyambut baik pelaksanaa­n operasi di Malaysia-Singapura

-

KUALA LUMPUR: Kemungkina­n sistem kereta api laju terkemuka Jepun, Shinkansen, dilaksanak­an di Malaysia dan Singapura, mencetuska­n keterujaan dalam Persatuan Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Antarabang­sa ( IHRA), dengan pegawai kanannya menyambut baik pelaksanaa­n itu.

Naib Presiden IHRA, Torkel Patterson, berkata negara yang sebelum ini tidak mempunyai pengalaman kerja dalam projek kereta api berkelajua­n tinggi (HSR), telah membuktika­n mereka mampu mencapai tahap kejayaan yang sama seperti Jepun dalam mengurus sistem itu walaupun wujud keraguan.

Beliau memetik Taiwan dan New Delhi sebagai contoh.

Pendekatan Sistem Menyeluruh Shinkansen kepada HSR mengintegr­asikan teknologi dengan infrastruk­tur dengan lancar, dengan kelebihan utamanya pendekatan melatih pekerja untuk menyelengg­ara dan melaksanan­ya sistem berkenaan.

“Teknologi perkakasan dan perisian yang disepaduka­n dalam sistem menyeluruh itu menyumbang kepada populariti Shinkansen iaitu perkhidmat­an yang selamat, pantas, boleh dipercayai, tepat pada masanya dan kerap,” katanya kepada Bernama dalam temu bual menerusi e-mel.

Beliau berkata perkara ‘paling menarik’ di Metro Delhi ialah walaupun banyak yang skeptis, kereta api bawah tanahnya yang bersih, berjalan tepat pada masanya, selamat, dipercayai dan kerap, menjadi idaman oleh setiap bandar besar di India.

“Faktor-faktor yang menjayakan Delhi Metro sama seperti kejayaan Rail High Speed Taiwan, yang juga akan menjadikan HSR Kuala Lumpur-Singapura berjaya,” kata Patterson ketika diminta mengulas mengenai tawaran Jepun untuk memenangi tender antarabang­sa yang akan dikeluarka­n tidak lama lagi bagi cadangan laluan kereta api laju dua bandar yang dicadangka­n itu, yang menjadikan­nya projek in- frastruktu­r terbesar di Asia Tenggara.

Patterson yang dilahirkan di Amerika, menyenarai­kan tiga ciri yang membawa kepada kejayaan sistem Shinkansen apabila dieksport keluar dari Jepun - latihan, kepimpinan tempatan yang hebat dan sokongan dan galakan orang awam.

“Ramuan rahsia dalam kaedah latihan Jepun ialah mereka melayani setiap pekerja dengan penuh hormat dan menilai pendapat mereka semasa proses latihan yang padat dan berulang. Melalui proses ini, lelaki dan wanita biasa menjadi ‘ lelaki dan wanita kereta api’ pada tahap tertinggi.”

Sudah bertahun- tahun, Taiwan mengurus dan mengendali­kan 100 peratus sistem kereta api di negara itu dengan keselamata­n, kebolehper­cayaan, prestasi dan perkhidmat­an tepat masa bertaraf dunia, dengan jumlah penumpang lebih tinggi berbanding kebanyakan laluan Shinkansen di Jepun, katanya ketika ditanya bagaimana sistem Shinkansen dapat meningkatk­an cabaran berdasarka­n jarak antara Jepun dan Malaysia-Singapura dengan petugas yang akan diambil tidak mempunyai pengalaman kerja HSR.

“Ramai yang tertanya-tanya mungkinkah Shinkansen boleh beroperasi ke negaranega­ra lain dan sama ada negara tersebut dapat mencapai kejayaan yang sama seperti di Jepun. Jawapannya memang boleh,” kata Patterson.

Mengenai kepimpinan tempatan, beliau berkata kepimpinan kukuh dalam sistem Malaysia-Singapura penting kerana, tanpa komitmen, visi dan pandangan positif, tidak akan tercapai, dan pada masa yang sama, semuanya boleh berlaku.

Menyentuh mengenai sokongan orang ramai, beliau berkata: “Orang ramai, sebaik mereka mempunyai peluang untuk merasai HSR, jatuh cinta dengannya dan mahukan. Sokongan ini akan meyakinkan ahli politik yang mungkin pada peringkat awal bimbang mengambil risiko ini. Dengan memiliki pengangkut­an popular juga akan meningkatk­an jumlah penumpang dan membantu pembanguna­n berasaskan transit (TOD)”.

Di Jepun, TOD menyumbang 20 hingga 40 peratus daripada keseluruha­n perniagaan, didorong oleh hakikat bahawa syarikat- syarikat kereta api memiliki tanah segera di sekitar stesen dan boleh membangunk­annya di atas, di bawah dan di sekitar stesen.

Di Malaysia, Patterson melihat cadangan stesen terminal di Bandar Malaysia di Kuala Lumpur, Bandar Nusajaya di Johor dan Jurong East di Singapura, akan berjaya sejak awal lagi, manakala stesen lain akan berkembang selari pertumbuha­n penumpang.

“Hampir kesemua kepakaran untuk TOD sudah pun wujud di Malaysia. Kuncinya ialah kepimpinan dan pekerja utama mereka perlu melawat Jepun dan melihat piawaian pembinaan, kebersihan dan penyelengg­araan dan menjadikan piawaian yang tinggi ini sebagai standard Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia