Utusan Borneo (Sarawak)

Swinburne Sarawak meraikan 240 graduan pada majlis graduasi

-

KUCHING: Swinburne University of Technology Kampus Sarawak ( Swinburne Sarawak) meraikan 240 graduannya pada majlis graduasi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Majlis dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga pro canselor universiti tersebut bersama pegawai presiding Andrew Dix mewakili canselor Graham Goldsmith University.

Turut hadir Naib Canselor Profesor Linda Kristjanso­n serta Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohd Morshidi Abdul Ghani yang juga pengerusi lembaga pengarah dan majlis universiti.

Daripada kesemua graduan yang diraikan semalam, seramai 105 merupakan graduan Ijazah Perniagaan ( Perakaunan, Perakaunan dan Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia, Perniagaan Antarabang­sa, Pengurusan, dan Pemasaran).

Sembilan graduan Ijazah Rekaan (Rekaan Multimedia), 11 graduan Ijazah Teknologi Maklumat dan Komunikasi, 11 graduan Sains Komputer, lapan graduan Ijazah Sains (Bioteknolo­gi) dan 86 graduan Ijazah Kejurutera­an dengan Kepujian (Awam, Mekanikal, Kimia, Elektrikal dan Elektronik, Robotik dan Mekatronik serta Robotik dan Mekatronik/Sains Komputer).

Sementara itu enam lagi graduan menerima skrol Ijazah Sarjana Pentadbira­n Perniagaan (Antarabang­sa), dua graduan Ijazah Sarjana Pengurusan Pembinaan dan seorang graduan Ijazah Sarjana Kejurutera­an (Penyelidik­an) dan tiga graduan Ijazah Sarjana Sains (Penyelidik­an).

Graduan Ijazah Sarjana Pengurusan Pembinaan merupakan kohot pertama bagi graduan Swinburne Kampus Sarawak pada majlis graduasi kali ini.

Majlis graduasi semalam turut menyaksika­n tiga graduan universiti tersebut menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam kejurutera­an dan sains.

Graduan Swinburne terdiri daripada pelajar Malaysia dan luar negara termasuk Bangladesh, India, Pakistan, Sri Lanka, Indonesia, Mauritius, Kenya, Uganda, Zambia, Oman dan Arab Saudi.

Buat pertama kalinya juga dalam sejarah graduasi semalam, menyaksika­n graduan dari Lubnan dan Tajikistan berjaya menamatkan pengajian di universiti tersebut.

Setakat ini, Swinburne Kampus Sarawak mempunyai seramai 4,000 pelajar daripada 50 negara dan merupakan universiti antarabang­sa dengan kedudukan paling tinggi di Borneo.

 ?? — Gambar Tan Song Wei ?? TAHNIAH: Abang Johari (kiri) menyampaik­an skrol kepada salah seorang graduan Swinburne Sarawak pada majlis graduasi di BCCK semalam.
— Gambar Tan Song Wei TAHNIAH: Abang Johari (kiri) menyampaik­an skrol kepada salah seorang graduan Swinburne Sarawak pada majlis graduasi di BCCK semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia