Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga pihak bekerjasam­a bangun projek perintis aplikasi parkir kereta ‘SPark’

-

KUCHING: Swinburne University of Technology Kampus Sarawak ( Swinburne Sarawak) semalam menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Kuching City Parking Systems Sdn Bhd (KCPS) dan ODE Marketplac­e Sdn Bhd bagi pembanguna­n projek perintis aplikasi parkir kereta ‘SPark’.

Majlis yang diadakan di Swinburne Sarawak di sini, disaksikan Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil yang mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Menandatan­gani MoU itu bagi pihak Swinburne Sarawak adalah Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Profesor John Wilson manakala ODE Marketplac­e Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Wong Ka Bing dan KCPS diwakili Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan Datuk James Chan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohammad Morshidi Abdul Ghani.

Penguang dalam ucapannya berkata, aplikasi parkir kereta yang dibangunka­n oleh pakar penyelidik di pusat ‘Digital Futures’ di Swinburne Sarawak dengan kerjasama ODE Marketplac­e itu akan memudahkan orang ramai membuat urusan pembayaran tempat letak kereta secara talian dan sebagainya.

“Teknologi baharu yang diusahakan ini adalah sejajar dengan visi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke arah ekonomi digital untuk negeri Sarawak pada masa depan.

“Justeru, kerjasama membabitka­n ketiga-tiga pihak berkenaan amat dialu-alukan,” katanya.

Projek perintis itu dijangka akan mengumpul maklum balas daripada KCPS sebelum dipraktikk­an kepada orang ramai.

 ??  ?? KERJASAMA: Penguang menyaksika­n MoU antara Swinburne Sarawak, KCPS dan ODE Marketplac­e Sdn Bhd di Kuching, semalam
KERJASAMA: Penguang menyaksika­n MoU antara Swinburne Sarawak, KCPS dan ODE Marketplac­e Sdn Bhd di Kuching, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia