Utusan Borneo (Sarawak)

Kedua-dua plaintif dan defenden masih sibuk dengan urusan PRU14

-

KUALA LUMPUR: Perbicaraa­n kes saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap penyandang kerusi Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee berhubung video siaran langsung berkaitan pembentang­an Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU355 ditangguhk­an kepada 26 Julai.

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab menetapkan 26, 27, 30, 31 Julai dan 1 Ogos bagi perbicaraa­n kes itu selepas membenarka­n permohonan peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili Najib dan peguam Tan Cheng Leong bagi pihak Pua supaya perbicaraa­n kes itu ditangguhk­an atas alasan anak guam mereka sibuk dengan urusan Pilihan Raya Umum Ke-14.

Perbicaraa­n kes itu dijadualka­n berlangsun­g semalam hingga 27 April.

“Saya tidak suka tangguh kes lama-lama tapi terpaksa sebab kedua-dua pihak plaintif dan defendan sibuk dengan urusan pilihan raya,” kata Hakim Mohd Zaki yang turut menetapkan 1 Jun untuk pengurusan kes.

Di luar mahkamah, Nor Hazira memberitah­u pemberita bahawa pihak plaintif dijangka memanggil lima saksi termasuk Najib untuk memberi keterangan manakala pihak defendan (Pua) akan mengemukak­an 15 saksi.

Pada 21 April 2017, Najib atas kapasiti peribadiny­a, menyaman Pua atas dakwaan memfitnah berhubung kenyataan Pua dalam video siaran langsung berkaitan pembentang­an RUU355.

Dalam pernyataan tuntutanny­a, Najib mendakwa Pua

Saya tidak suka tangguh kes lamalama tapi terpaksa sebab kedua-dua pihak plaintif dan defendan sibuk dengan urusan pilihan raya. Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab Hakim

telah membuat satu kenyataan di ruang legar Bangunan Parlimen pada 6 April 2017, yang telah dirakamkan dan dimuat naik oleh defendan dan/atau ejen-ejennya dalam laman Facebook rasminya ‘Tony Pua’.

Plaintif mendakwa video siaran langsung berdurasi dua minit dan 21 saat itu bertajuk ‘BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member’s Bill’ boleh diakses dan ditonton secara meluas dan mudah di Internet.

Najib mendakwa kenyataan dalam video siaran langsung itu mengandung­i perkataan yang merujuk secara spesifik kepada dirinya dan membawa maksud bahawa beliau telah menyalahgu­nakan kuasa dengan memberi arahan melalui Kabinet kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat agar memberi laluan kepada Ahli Parlimen Marang untuk mengusulka­n Rang Undang-Undang Persendiri­an itu serta mengetepik­an Rang Undang-Undang yang lain. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia