Utusan Borneo (Sarawak)

Gol lewat Koulibaly kembalikan impian kejuaraan Serie A Napoli

-

TURIN, Itali: Pemain pertahanan, Kalidou Koulibaly menjaringk­an gol minit akhir untuk mengembali­kan impian kejuaraan Napoli apabila menewaskan Juventus 1-0 di Turin Ahad lepas, sekali gus merapatkan kedudukan dengan hanya kurang satu mata di belakang Juventus.

Koulibaly menanduk gol kemenangan dari satu tendangan sudut Jose Callejon pada minit akhir untuk memberikan kemenangan pertama Napoli di Stadium Allianz.

Kelebihan mata Juventus di tangga teratas liga sudah dikurangka­n kepada satu mata dengan berbaki empat perlawanan dan ia juga kekalahan liga ketiga mereka musim ini tetapi yang pertama sejak 19 November.

Juventus mengumpul 85 mata dari 34 perlawanan sementara Napoli, yang memburu kejuaraan liga yang ketiga sejak 1987 dan 1990, dengan 84 mata.

“Kami tahu ia adalah perlawanan yang sangat penting dan sukar tetapi kami melakukan segala-galanya untuk menang. Kami berjaya melakukann­ya dan boleh berasa bangga,” kata Koulibaly.

“Penyokong membakar semangat kami beberapa hari yang lalu apabila mereka mengiringi kami ke lapangan terbang. Ia menggembir­akan kami dan kami mahu berterima kasih dengan mereka dan melakukan yang terbaik untuk memenangi perlawanan ini.”

Napoli, yang dibimbing Maurizio Sarri, mempunyai beberapa peluang awal sementara Juventus, selain satu tendangan percuma Miralem Pjanic terkena palang, tidak mencipta banyak peluang.

Kapten Napoli, Marek Hamsik mempunyai dua peluang awal untuk membuka jaringan sementara satu gol Lorenzo Insigne tidak dibenarkan kerana ofsaid dalam separuh masa pertama sebelum cubaan Piotr Zielinski ditepis penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon.

“Ia bukan perlawanan sempurna tetapi tetap perlawanan hebat. Kami tidak memberikan ruang kepada Juventus dan kemenangan ini adalah dari sikap pemain dalam padang,” tambah Sarri.

Juventus kini mempunyai baki perlawanan yang sukar termasuk kunjungan ke Inter Milan dan AS Roma – yang bersaing memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara sementara Napoli akan menentang Fiorentina, Sampdoria, Torino dan Crotone selepas ini.

“Ia perlawanan yang teruk,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri.

“Kami mempunyai beberapa kesukaran tetapi kami juga hampir mengikat kedudukan tetapi malangnya pada satu tendangan sudut, mereka memperoleh­i gol.

“Napoli melakukan apa yang mereka perlu lakukan, mereka mengawal bola dan selayaknya mendapat pujian dari kemenangan ini.”

Pada perlawanan lain, Lazio dan Inter mengekalka­n kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Ciro Immobile menjaringk­an dua gol ketika Lazio membelasah Sampdoria 4-0 untuk kekal di tangga keempat, di belakang Roma yang menewaskan SPAL 3-0 pada hari Sabtu.

Inter kurang satu mata di tangga kelima selepas menewaskan Chievo 2-1.

Atalanta melonjak ke tangga keenam liga untuk kelayakan ke Liga Europa selepas menewaskan Torino 2- 1, memintas AC Milan yang tewas 0-1 kepada Benevento pada perlawanan hari Sabtu, dengan Benevento disahkan tersingkir dari Serie A selepas hanya satu tahun. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SENGIT: Kalidou Koulibaly (kiri) diasak oleh Dybala ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Allianz, Turin pada Ahad lepas.
— Gambar Reuters SENGIT: Kalidou Koulibaly (kiri) diasak oleh Dybala ketika beraksi pada perlawanan di Stadium Allianz, Turin pada Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia