Utusan Borneo (Sarawak)

Perintah berkurung di ESSZone dilanjut hingga 9 Mei

-

KOTA KINABALU: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah ( ESSZone) yang berakhir pada jam 6 petang semalam dilanjutka­n hingga 9 Mei, kata Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din.

Beliau berkata dengan pelanjutan itu, mereka yang tinggal di kawasan terbabit diminta berada di dalam rumah dan tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan antara jam 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

Ramli berkata perintah berkurung itu meliputi ka- wasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran.

“Orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang telah diisytihar­kan antara 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh dinyatakan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, perintah berkurung itu diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik antarabang­sa yang menjalanka­n penyelidik­an dan pelancong as- ing yang melawat pulau-pulau peranginan.

Katanya perintah berkurung itu juga adalah untuk menjamin keselamata­n dan kesejahter­aan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan serta rakyat yang berada di kawasan daratan ESSZone.

Ramli berkata berdasarka­n maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalanka­n kegiatan menculik untuk mendapatka­n wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

Beliau berkata perintah berkurung itu juga bagi memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulka­n rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamata­n di sekitar kawasan mereka.

“Saya juga memberi kuasa kepada semua ketua polis daerah di daerah ESSZone untuk mengeluark­an permit kepada pemohon yang layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau ada keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia