Utusan Borneo (Sarawak)

Polis AS buru penembak separuh bogel

Suspek tembak mati empat di restoran wafel di Nashville, disyaki ada ‘isu mental’

-

WASHINGTON: Polis Amerika Syarikat ( AS) memburu seorang lelaki bersenjata api separuh bogel yang menembak mati empat orang di sebuah restoran wafel kelmarin selepas dia melarikan diri dari seorang “wira” yang merampas senjatanya.

Polis di bandar Nashville di Tennessee berkata suspek dalam kejadian terbaharu tembakan beramai-ramai itu mungkin mempunyai “isu mental”, dan insiden itu mendorong datuk bandar di bandar tersebut mengeluark­an satu permintaan luar biasa bagi “perubahan senjata komprehens­if”.

Jabatan Polis Metro Nashville berkata Taurean Sanderlin, 29, Joe Perez, 20, dan Deebony Groves, 21, ditembak mati dalam restoran Waffle House di subbandar Antioch pada jam 3.25 pagi waktu tempatan.

Mangsa keempat, Akilah Dasilva berusia 23 tahun, meninggal dunia di hospital.

Sementara itu Shanita Waggoner, 21, dan Sharita Henderson, 24, tercedera dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt di Nashville.

Polis mengenal pasti suspek sebagai Travis Reinking berusia 29 tahun dan menyatakan dia mungkin bersenjata­kan raifal dan pistol, selepas menembak dengan raifal separa automatik AR-15 di restoran tersebut, di mana dia dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai jaket hijau.

Sejenis senjata ala-tentera, AR-15 telah beberapa kali digunakan dalam kejadian tembakan beramai- ramai di AS.

James Shaw, 29, memberitah­u satu sidang media bahawa dia dan rakannya sedang duduk di dalam restoran tersebut selepas pergi ke sebuah kelab malam, ketika mereka menyangka satu timbunan pinggan telah jatuh ke lantai.

“Saya melihat pekerja Waffle House bertempiar­an lari. Kemudian saya memandang belakang dan melihat seorang terbaring di atas lantai di depan pintu masuk,” kata Shaw, yang memakai jaket sut dan lengan kanannya berbalut.

Shaw berkata dia meninggalk­an mejanya dan bergerak ke arah pintu ketika penyerang itu cuba untuk masuk selepas menembak melalui cermin.

“Saya sangat pasti dia telah melukakan lengan saya,” ujar Shaw.

“Saya seakan telah membuat keputusan, kerana tiada cara untuk mengunci pintu tersebut, bahawa sekiranya dia melaluinya, dia perlu berusaha untuk membunuh saya.”

Ketika penembak itu sedang mengisi semula pelurunya, atau senjatanya tersekat, Shaw berlari dan memukul dia dengan pintu yang berpusing, membawa kepada satu pergelutan.

“Saya berjaya merampas senjata itu dengan sebelah tangan, dan kemudian saya mengambiln­ya daripada dia dan melontarny­a ke arah kaunter, sebelum membawa suspek itu ke keluar,” kata Shaw.

Polis berkata mereka mempercaya­i suspek telah membuang jaketnya ketika melarikan diri ke rumah, di mana dia memakai seluar dan kemudian hilang ke dalam hutan berhampira­n.

Ia merupakan kejadian tembakan kedua dalam tempoh beberapa bulan di Nashville, namun yang terbaharu dalam banyak yang terjadi di AS yang melibatkan kemalangan jiwa yang besar.

Satu kempen akar umbi menampilka­n rali beramairam­ai bagi kawalan senjata telah muncul sejak Februari, selepas seorang bekas pelajar melepaskan tembakan dengan senjata AR- 15 di sebuah sekolah tinggi Florida, mengorbank­an 17 pelajar dan kakitangan.

Selepas serangan itu, per- niagaan termasuk Walmart dan Dick’s Sporting Goods telah mengambil langkah untuk menghalang akses bagi senjata api namun tiada perundanga­n utama bagi mengawal senjata.

Pada September, seorang lelaki berusia 25 tahun membunuh seorang dan mencederak­an enam yang lain semasa sembahyang Ahad di sebuah gereja di Nashville, yang lebih dikenali dengan warisan muzik country.

Datuk bandar memuji keberanian Shaw, begitu juga dengan Ketua Polis Nashville Steve Anderson dan CEO Waffle House Walt Ehmer.

“Kamu tidak berpeluang untuk menemui ramai wira dalam hidup, Encik Shaw, namun kamu adalah seorang wira. Kamu adalah wira saya. Kamu telah menyelamat­kan nyawa orang,” kata Ehmer.

“Selama- lamanya kami akan terhutang budi kepada anda.”

Jurucakap polis Nashville Don Aaron memberitah­u wartawan bahawa Reinking, berasal dari Illinois, telah diberkas oleh Perkhidmat­an Rahsia AS kerana berada di kawasan larangan berhampira­n Rumah Putih pada Julai 2017.

Pada masa itu, kelulusan bagi senjata api Illinois telah ditarik balik dan senjata apinya – termasuk raifal AR-15 – telah dirampas.

Namun pihak berkuasa tempatan di Illinois kemudian mengembali­kan senjata api tersebut kepada bapa Reinking, “yang kini mengaku telah menyerahka­n semula kepada anak lelakinya,” kata Aaron.

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters/AFP ?? SIASAT: Polis memeriksa bahagian dalam Waffle House di Nashville selepas Reinking (sisipan) disyaki menembak mati empat orang di restoran tersebut kelmarin.
— Gambar Reuters/AFP SIASAT: Polis memeriksa bahagian dalam Waffle House di Nashville selepas Reinking (sisipan) disyaki menembak mati empat orang di restoran tersebut kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia