Utusan Borneo (Sarawak)

ABBY, JOCELYN PERMATA BAHARU BOLA TAMPAR SARAWAK •

-

DAHULU siapa sangka murid-murid SJK (C) Chong Boon, Mukah mampu beraksi sampai ke peringkat kebangsaan dalam sukan bola tampar, dalam keadaan prasarana dan dana sekolah yang serba kekurangan.

Sekalipun ada individu mengimpi untuk mencungkil bakat muridmurid, namun peluang belum lagi wujud di daerah kecil Mukah pada masa itu di bawah pentadbira­n bahagian Sibu.

Sehinggala­h Mukah dinaikkan sebagai bahagian selepas era 2000, peluang itu mula terbuka kepada anak-anak tempatan yang belajar di Chong Boon.

Jurulatih berkelas kebangsaan Philip Teo dengan dibantu jurulatih lain serta sokongan guru besar dan guru berwajib, mengambil inisiatif menyemai serta mengembang minat murid-murid terhadap sukan itu.

Usaha penyemaian bekas murid-murid Chong Boon (1980-an) mula diterap kepada murid-murid tahun tiga, lebih 10 tahun lalu.

“Kita mula memilih muridmurid tahun dua atau tiga, bergantung kepada fizikal dan kerelaan muridmurid dan ibu bapa masing-masing.

“Mula-mula dahulu ada juga murid-murid yang mula menyertai latihan semasa tahun lima. Dalam masa setahun sahaja mereka sudah mahir bermain. “Di sini mereka berlatih setiap petang Isnin hingga Jumaat,” katanya.

Saban tahun ramai bakat terpendam dicungkil sehingga mampu muncul setanding pemain bertaraf negeri dan kebangsaan baik kategori bawah umur (BU) 12, 14, 18 mahupun 23 tahun.

Bahkan kebanyakan mereka sesudah memasuki sekolah menengah dan institut pengajian tinggi masih lagi aktif dan fokus bermain bola tampar.

Antara yang paling menonjol ialah Ranjit Ramu yang pernah menggalas misi negara ke Sukan SEA tahun lalu, sekali gus mengangkat martabat sekolah, bahagian dan negeri ini di persada antarabags­a.

Ranjit, 19, yang kini mengikuti pengajian Sukan dan Rekreasi di UKM, Selangor, muncul sebagai ‘spiker’ terbaik dalam satu kejohanan bola tampar terbuka Malaysia di Shah Alam minggu lalu.

PERMATA BAHARU

Dalam pada itu, dua murid perempuan dilihat sebagai permata terbaharu Chong Boon, sekali gus dijangka mampu mengikut jejak pencapaian Ranjit

dan pemainpema­in senior lelaki dan perempuan terdahulu.

Mereka yang dimaksudka­n ialah Abby Ting dan Jocelyn Teo juga merupakan anak kepada Philip Teo, memiliki mutu permainan bertaraf nasional kategori sebaya mereka.

Tidak hairanlah Abby, 12, dan Jocelyn, 12. dilihat paling berpotensi diserap ke pasukan negeri dan kebangsaan bagi kategori bawah 12 dan 14 dalam masa terdekat.

Skuad Chong Boon yang akan mewakili bahagian Mukah bagi kategori BU12 untuk kejohanan bola tampar peringkat negeri Sarawak Julai nanti, menjadikan mereka sebagai sandaran utama pasukan pertama.

Dengan penyertaan mereka, kejohanan yang diadakan di Bintangor itu kelak menjangkak­an skuad Mukah berpeluang cerah membawa pulang piala kejuaraan.

Guru besar Kok Liang Teck ketika melaungkan sasaran itu berkata, kejuaraan itu mampu dicapai berdasarka­n prestasi barisan pemain pada tahap persediaan serta prestasi terbaik.

“Kita menjangkak­an pasukan perempuan mampu muncul sebagai dua tempat terbaik. Kalau boleh kita punya sasaran terus muncul johan,” katanya.

Kok berkata demikian dalam ucapan alualuanny­a semasa majlis memperkena­l Ig8 Imuno Colostrum Powder dan penyerahan jersi latihan kepada skuad perempuaan tajaan SNB Global Holdings Sdn Bhd, di SJK (C) Chong Boon, baru-baru ini.

Sehubungan penajaan itu, Kok Liang turut menyeru agar lebih ramai lagi pihak swasta menghulurk­an tajaan dalam usaha membangunk­an bola tampar dan sukan lain sekolah.

Mengenai pasukan lelaki pula beliau bagaimanap­un menjelaska­n, mereka berpeluang dalam kelompok empat terbaik berdasarka­n pemain sedia ada dan pencapaian pasukan-pasukan saingan.

 ??  ??
 ??  ?? Abby dan Jocelyn tekun menjalani latihan di Pusat Latihan dan Pembanguna­n Bola Tampar Mukah, Chong Boon. HEBAT: Ranjit (kiri) bersama rakan-rakan skuad bola tampar kebangsaan yang juga bekas kelahiran Pusat Latihan dan Pembanguna­n Bola Tampar Bahagian...
Abby dan Jocelyn tekun menjalani latihan di Pusat Latihan dan Pembanguna­n Bola Tampar Mukah, Chong Boon. HEBAT: Ranjit (kiri) bersama rakan-rakan skuad bola tampar kebangsaan yang juga bekas kelahiran Pusat Latihan dan Pembanguna­n Bola Tampar Bahagian...
 ??  ?? FOKUS:
FOKUS:
 ??  ?? KAMI JUARA: Barisan pasukan bola Tampar Chong Boon merakam kenangan bersama pingat dan piala selepas muncul johan kejohanan antara sekolah rendah di Chong Boon.
KAMI JUARA: Barisan pasukan bola Tampar Chong Boon merakam kenangan bersama pingat dan piala selepas muncul johan kejohanan antara sekolah rendah di Chong Boon.
 ??  ?? TONGGAK SKUAD: Abby (kiri) dan Jocelyn pemain paling berpotensi bakal menyarung jersi skuad bola tampar negeri dan kebangsaan kategori bawah 12 dan bawah 14.
TONGGAK SKUAD: Abby (kiri) dan Jocelyn pemain paling berpotensi bakal menyarung jersi skuad bola tampar negeri dan kebangsaan kategori bawah 12 dan bawah 14.
 ??  ?? CIPTA SEJARAH: Philip Teo membuka peluang kepada ramai murid mengukir bakat dalam bola tampar.
CIPTA SEJARAH: Philip Teo membuka peluang kepada ramai murid mengukir bakat dalam bola tampar.
 ??  ?? SERVIS: Abby memiliki kemahiran bermain bola tampar bermutu tinggi.
SERVIS: Abby memiliki kemahiran bermain bola tampar bermutu tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia