Utusan Borneo (Sarawak)

Fadillah berikrar lakukan yang terbaik untuk warga Petra Jaya

-

KUCHING: Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof berikrar akan melakukan yang terbaik untuk warga di Parlimen Petra Jaya.

Calon yang juga penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya itu berkata ia satu amanah dan tanggungja­wab yang perlu beliau pikul sebaik mungkin.

“Saya berikrar tidak akan mempersia- siakan kepercayaa­n ini dan akan berkhidmat sebaik mungkin, jika terpilih sekali lagi untuk menjadi Ahli Parlimen di kawasan Petra Jaya pada pilihan raya kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas pengumuman penuh senarai calon Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako di sini semalam.

Fadillah mengucapka­n setinggi penghargaa­n kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku pengerusi BN Pusat dan Abang Johari selaku pengerusi BN Negeri atas kepercayaa­n untuk beliau mempertaha­nkan semula kerusi Parlimen Petra Jaya pada PRU14 ini.

“Saya juga berterima kasih kepada penduduk Parlimen Petra Jaya atas sokongan padu yang diberikan kepada saya selama bergelar wakil rakyat.

“Saya berharap sokongan berterusan diberikan pada hari pengundian pada 9 Mei kelak, bagi membolehka­n kita bersama-sama menerus dan merancakka­n lagi agenda pembanguna­n di kawasan Parlimen Petra Jaya untuk tempoh lima tahun lagi,” tegas Menteri Kerja Raya itu.

Menurutnya, komitmen beliau untuk warga Petra Jaya adalah untuk meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n fizikal khususnya infra rakyat dan infra sosial termasuk menyediaka­n lebih banyak rumah mampu milik.

Pada masa sama beliau juga berusaha mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan serta merancakka­n lagi pembanguna­n modal insan, pembanguna­n pendidikan dan latihan kemahiran di samping pembanguna­n sahsiah.

Menyentuh mengenai rakan seperjuang­an PBB yang tidak mempertaha­nkan kerusi masing-masing, beliau mengucapka­n setinggi penghargaa­n dan terima kasih atas semangat perpaduan kukuh dalam parti.

“Sesungguhn­ya semangat perpaduan yang kukuh dan prinsip meletakkan keutamaan parti melebihi kepentinga­n diri menjadi nadi kekuatan PBB selaku tonggak BN Sarawak selama ini.

“Penghargaa­n dan terima kasih kepada Tan Sri Muhammad Leo Toyad (bekas Ahli Parlimen Mukah), Datuk Wahab Dolah (bekas Ahli Parlimen Igan), Datuk Dr James Dawos Mamit (bekas Ahli Parlimen Mambong), Datuk Ahmad Lai Bujang (bekas Ahli Parlimen Sibuti) dan Datuk Norah Tun Abdul Rahman (bekas Ahli Parlimen Tanjong Manis),” ujarnya.

Beliau memberitau, mereka adalah contoh terbaik pemimpin yang telah banyak berjasa dan menyumbang kepada parti, rakyat, negeri dan negara ini namun telah memilih untuk berundur demi memberi laluan kepada muka baharu meneruskan perjuangan dan khidmat bakti.

 ??  ?? FADILLAH
FADILLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia