Utusan Borneo (Sarawak)

Tangani produktivi­ti, pembanguna­n secara holistik Manfaat teknologi baharu tingkat kualiti hidup, wujud pekerjaan, jana perniagaan: Dr Annuar Rapa’ee

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Produktivi­ti dan pembanguna­n di Sarawak mesti ditangani secara holistik dengan memanfaatk­an teknologi baharu untuk meningkatk­an kualiti hidup rakyat, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana prospek perniagaan kompetitif.

Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidik­an Dr Annuar Rapa’ee berkata, industri minyak dan gas telah menjadi penyumbang penting kepada ekonomi Sarawak terutama untuk Pelabuhan Bintulu yang berada di landasan betul untuk menjadi pelabuhan gas asli cecair global.

“Dan sekarang, Sarawak mengambil alih kuasa pengawalse­liaan sepenuhnya terhadap setiap aspek industri minyak dan gas dengan harapan untuk melihat semua syarikat berkaitan bekerjasam­a dalam teknologi huluan dan hiliran ke arah kemajuan ekonomi dan kesejahter­aan negara,”katanya.

Pada masa yang sama, beliau percaya seperti yang disebut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Sarawak juga perlu melonjakka­n ekonomi digital supaya menjadi lebih berdaya saing.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Fiesta

Dan sekarang, Sarawak mengambil alih kuasa pengawalse­liaan sepenuhnya terhadap setiap aspek industri minyak dan gas dengan harapan untuk melihat semua syarikat berkaitan bekerjasam­a dalam teknologi huluan dan hiliran ke arah kemajuan ekonomi dan kesejahter­aan negara. Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidik­an

Perindustr­ian Sarawak 2018 di Dewan Suarah Bintulu yang bermula semalam hingga Khamis ini.

Dr Annuar berkata, kemajuan teknologi yang berkaitan dengan teknologi automasi akan semakin mengubah cara orang melakukan pekerjaan dan perniagaan.

“Automasi adalah penting walaupun untuk perniagaan kecil dan sederhana.

“Sarawak bercita-cita memaksimum­kan potensi dalam teknologi digital, telah memperuntu­kkan RM1 bilion di bawah inisiatif ekonomi digital Sarawak.

“Adalah menjadi impian kami untuk membina Sarawak Pintar dan dalam hal ini, tumpuan diberikan kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), in- frastruktu­r asas, tenaga dan sektor perkhidmat­an lain yang mewujudkan peluang pekerjaan, menggalakk­an inovasi, membangunk­an bakat dan kemahiran,” tambahnya.

Memandangk­an Sarawak menetapkan sasaran untuk menjadi sebuah negeri maju yang baik katanya, peranan penting sektor pertanian dan teknologi yang berkaitan tidak akan diketepika­n.

Katanya, ia bukan sahaja berkenaan cara meningkatk­an pengeluara­n tetapi penting untuk mencapai kualiti yang lebih baik dan tanaman yang mampan.

Beliau mendedahka­n satu inisiatif yang baik iaitu Ladang Lada Sarawak di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dan projek ini mem- bincangkan tiga elemen penting pengeluara­n lada lestari, penyelidik­an, pembanguna­n komuniti dan pengeluara­n komersial.

“Sarawak diberkati dengan dua juta hektar tanah pertanian, 172,540 hektar kawasan air untuk sumber akuakultur, laut dan biodiversi­ti boleh dibangunka­n untuk industri makanan dan farmaseuti­kal bagi mengubah industri pertanian sekali gus penyertaan sektor swasta menjadi semakin penting untuk tujuan itu,” katanya.

Justeru katanya, kerajaan negeri memperuntu­kkan RM100 juta untuk modal teroka bagi mengukuhka­n model kewangan pertanian, mewujudkan sasaran khusus untuk menarik pelaburan sektor swasta dan mempromosi­kan produk pertanian ke pasaran global.

Mengenai fiesta tersebut katanya, acara itu sememangny­a satu platform yang menarik untuk syarikat yang ingin berkembang dan meningkatk­an rangkaian dan perniagaan di pasaran global yang disertai pihak berkepenti­ngan industri yang terdiri daripada sektor industri minyak dan gas, teknologi dan pertanian.

“Saya percaya acara ini akan memberikan platform yang baik untuk pertukaran maklumat bagi kita untuk membincang­kan isu-isu dan cabaran ke arah peningkata­n kebajikan negeri ini,” kata Dr Annuar.

Turut hadir Pengarah UPM Kampus Bintulu Profesor Dr Bujang Kim Huat dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) Datu Ismawi Ismuni.

 ??  ?? LONJAKAN EKONOMI: Dr Annuar (kiri) dan Bujang (tiga kanan) menyempurn­akan perasmian Fiesta Perindustr­ian Sarawak 2018.
LONJAKAN EKONOMI: Dr Annuar (kiri) dan Bujang (tiga kanan) menyempurn­akan perasmian Fiesta Perindustr­ian Sarawak 2018.
 ??  ?? BARU: Blok bangunan baharu SJKC Stampin.
BARU: Blok bangunan baharu SJKC Stampin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia