Utusan Borneo (Sarawak)

Karate: Skuad Karatekas Labuan rangkul enam emas

-

LABUAN: Karatekas Labuan menonjolka­n kecekapan mereka dengan meraih enam emas pada Kejohanan Karate Terbuka Kota Kinabalu di Dewan Sekolah Menengah Lok Yuk, dekat sini.

Skuad itu turut merangkul empat pingat perak dan tujuh gangsa, sekali gus menduduki tempat kedua keseluruha­n dalam acara tiga hari bermula 20 hingga 22 April itu.

Sebanyak 650 karatekas menyertai acara ini antaranya dari Labuan, Sabah, Sarawak, Filipina, India, Bangladesh dan Indonesia.

Jurulatih kontinjen karate Labuan Shihan Aswadee berkata pencapaian pasukannya sangat memberi inspirasi dan mereka terus memperbaik­i kemahiran mereka untuk pertanding­an seterusnya.

“Pasukan Labuan menghantar 18 atlet muda pada kejohanan ini bagi tujuan pendedahan, kebanyakan daripada mereka adalah pendatang baharu,” katanya.

Beliau berkata peserta kontinjen tersebut berusia antara enam dan 18 tahun.

Penyumbang pingat emas adalah Muhammad Aiqal Asmadie bagi kategori Kata Perseorang­an Kadet Lelaki 14-15 tahun, Sam Hiang Fong (Kumite Perseorang­an Wanita (-68kg), Daniel Dean (Kumite Perseorang­an Kadet Lelaki 14-15 tahun (-57kg), Adib Abdullah Mohd Dzulfadly (Kumite Perseorang­an Lelaki 12-13 tahun (-40kg), Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi (Kumite Perseorang­an Wanita 10-11 tahun (-30kg) and Diya Khalish Kasryanto (Kumite Perseorang­an Wanita 8-9 tahun (+25kg).

Pingat perak pula dimenangi Muhammad Aiqal Asmadie dalam Kumite Kadet Perseorang­an 14-15 tahun (-52kg), Sam Hiang Fong (Kata Perseorang­an Wanita), Prince Ferral (Kata Perseorang­an Lelaki 6-8 tahun) dan Kaszym Aqim Kasryanto (Kumite Perseorang­an Lelaki 10-11 tahun (+35kg)).

Tujuh gangsa diperoleh menerusi Zacchaeus Dunang Jerangku (Kumite Perseorang­an Lelaki 12-13 tahun (+40kg)), Nur Ariesya Dayana Asmadie (Kata Perseorang­an 6-8 tahun dan Kumite Perseorang­an 5- 7 tahun), Emmanuel Dunang Jerangku (Kata Perseorang­an Lelaki 9-10 tahun), Prince Ferral (Kumite Perseorang­an 5-7 tahun), Amber Jelzabelle Jinugi (Kumite Perseorang­an 10-11 tahun (+30kg)) dan Muhammad Isyraf Faiz Muhammad Ismifariza­l bagi acara Kumite Perseorang­an 10-11 tahun (+35kg). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENCAPAIAN HEBAT: Skuad Karatekas Labuan ceria sambil menunjukka­n pingat yang dimenangi selepas tamat kejohanan di Labuan semalam .
— Gambar Bernama PENCAPAIAN HEBAT: Skuad Karatekas Labuan ceria sambil menunjukka­n pingat yang dimenangi selepas tamat kejohanan di Labuan semalam .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia