Utusan Borneo (Sarawak)

Pencapaian cemerlang membolehka­n lebih banyak peruntukan, projek pembanguna­n daripada kerajaan persekutua­n

- Oleh Sudan Ajang

MIRI: Memenangi 28 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak merupakan pencapaian cemerlang Barisan Nasional ( BN) Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

K e t u a M e n t e r i Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pencapaian cemerlang melalui kemenangan majoriti besar membolehka­n lebih banyak peruntukan dan projek pembanguna­n daripada kerajaan persekutua­n.

“Jika kita boleh menang 28 kerusi, itu dikira mendapat markah A++ namun jika kita dapat memenangi semua 31 kerusi, apa salahnya mendapat A+++.

“Ini memberikan Sarawak dan saya sebagai ketua menteri suara kuat untuk negeri ini,” katanya di hadapan kira-kira 700 ketua masyarakat, ketua kaum dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Seminar Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di sini semalam.

Justeru katanya, rakyat Sarawak perlu memastikan kemenangan dengan majoriti besar untuk mendapat lebih banyak peruntukan besar daripada kerajaan persekutua­n.

Dalam perkembang­an

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

berkaitan, beliau menyasarka­n menang dengan majoriti 6,000 undi di kawasan Parlimen Baram manakala 7,000 di Parlimen Sibuti.

Katanya, rakyat Baram bukan hanya perlu memberi kemenangan namun majoriti besar untuk meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n di kawasan itu.

“Kerajaan BN memastikan pembanguna­n di Baram diteruskan sekiranya diberi mandat sekali lagi di kawasan Parlimen Baram pada PRU14 ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Baram menzahirka­n sokongan itu dengan menyokong calon BN iaitu Anyi Ngau pada PRU14 ini.

Beliau berkata, pelaksanaa­n Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA) misalnya antara pembanguna­n membawa perubahan besar kepada Baram dengan limpahan ekonomi.

“H D A m e m b a w a pembanguna­n pesat di Baram dengan adanya kemudahan jalan raya, bekalan air bersih dan kemudahan asas lain.

“Saya berharap penduduk di Baram terus bersabar kerana kita laksanakan pembanguna­n ini secara berperingk­atperingka­t. Berilah kita masa dalam tempoh empat tahun,” katanya.

Abang Johari berkata, HDA meliputi kawasan 18,000 kilometer persegi membabitka­n tiga Dewan Undangan Negeri ( DUN) iaitu Mulu, Telang Usan dan Marudi di bawah Parlimen Baram.

HDA ditubuhkan di bawah Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) yang bertanggun­gjawab melaksanak­an projek pembanguna­n kawasan luar bandar khususnya kawasan tanah tinggi di Baram.

“Kawasan tanah tinggi Baram mempunyai keunikan dari segi cuaca dan bentuk muka bumi kerana tidak sama dengan kawasan lain di Sarawak.

“Justeru, penubuhan HDA menggunaka­n perspektif lain untuk membangunk­an potensi Baram khususnya daripada aspek pertanian dan pelanconga­n,” jelas beliau.

Pada majlis tersebut, Abang Johari mengumumka­n peruntukan sejumlah RM20 juta untuk Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR).

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri selaku Pengerusi HDA Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata HDA merupakan pendekatan baharu membangunk­an kawasan pedalaman Baram lebih agresif dan sesuai dengan keadaan di sini.

Mengenai UNIFOR, Uggah berkata ia adalah refleksi kepimpinan Abang Johari yang mahu tiada mana-mana kaum dan agama di negeri ini dipinggirk­an.

“Unit ini melambangk­an perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini yang menjadi teras kepada kestabilan,” katanya.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Timbalan Pengerusi HDA Datuk Gerawat Gala, Ahli Lembaga Pengarah HDA Dennis Ngau, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni serta kenamaan lain.

 ??  ?? CERIA: Abang Johari bermain sape yang diterimany­a sebagai cenderamat­a selepas merasmikan Seminar Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Kawasan HDA di Miri semalam.
CERIA: Abang Johari bermain sape yang diterimany­a sebagai cenderamat­a selepas merasmikan Seminar Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Kawasan HDA di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia