Utusan Borneo (Sarawak)

Hanifah diyakini bawa kesinambun­gan kepada pembanguna­n Mukah

-

MUKAH: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tellian akan berdiri teguh di belakang calon baharu Parlimen Mukah Dato Hanifah Hajar Taib.

Ketua Pemudanya Johann Harris Sulaiman berkata, calon baharu itu mampu memberi kesinambun­gan kepada rancangan pembanguna­n yang telah dimulakan ayahnya Yang di- Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Kita percaya kepimpinan Barisan Nasional (BN) peringkat tertinggi telah membuat satu keputusan terbaik dengan memilih beliau (Hanifah) sebagai wakil di Mukah,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Selain muda dan lebih bertenaga, calon itu katanya mampu membawa perubahan pembanguna­n ke kawasan Mukah dengan meneruskan rancangan yang dimulakan ayahnya.

Tun Taib ketika menyandang jawatan ketua menteri pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mukah (ketika itu dikenali sebagai Balingian) bagi tempoh 13 tahun.

“Sudah pasti beliau (Hanifah) akan meneruskan perancanga­n yang telah dilakukan untuk kawasan ini,” jelas Johann lagi.

Menyifatka­n Hanifah sebagai antara muka baharu yang lebih dinamik, beliau diharapkan lebih peka terhadap pembanguna­n semasa mengenai ekonomi digital.

“Lagipun Mukah akan turut dijadikan bandar pintar di Sarawak, ini amat tepat dengan pemilihann­ya,” ujarnya.

Penyandang Parlimen Mukah Tan Sri Muhammad Leo Toyad menyatakan beliau tidak mempertaha­nkan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Hanifah diumumkan sebagai calon BN oleh Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Selasa.

Hanifah merupakan lulusan University of San Francisco, California, Amerika Syarikat dalam jurusan Pentadbira­n dan Perniagaan.

Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam sektor swasta dan juga pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Sarawak.

 ??  ?? JOHANN HARRIS
JOHANN HARRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia