Utusan Borneo (Sarawak)

‘ World Youth Jazz Festival’ kembali untuk edisi ke-7 di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Festival Jazz Belia Sedunia edisi ke-7, himpunan pemuzik jazz dari Malaysia, Indonesia, Poland, Filipina, Bangladesh, Jerman, dan Amerika Syarikat akan muncul kembali di sini mulai 4 Mei.

Band Jazz Newsound, Low Flowinder, Return of The Waves, Formula, Indro’s Jazz Muda, Four Corners, Ray Infante Trio, Emiko dan Magnitudo adalah antara kumpulan yang akan menampilka­n persembaha­n di festival tiga hari itu yang berlangsun­g di dua venue – the Star Hill dan Auditorium DBKL.

Pengerusi penganjur, Datuk Nik A.Azmi berkata selain menyemarak­kan kembali genre muzik jazz, festival itu juga menjadi platform bagi melahirkan bakat-bakat baharu dunia.

Katanya, antara pemuzik jazz muda yang merupakan nama besar dalam dunia muzik ialah bakat cemerlang Indonesia Joey Alexander yang mula membuat persembaha­n di festival itu sejak berusia 8 tahun, sekarang menyerlah sebagai pemuzik internasio­nal dan mendapat pencalonan pertama Grammy pada 2015 untuk ‘Best Improvised Jazz Solo’ di Anugerah Grammy ke-58.

“Festival ini merupakan platform bagi melahirkan bakat baharu dunia. Kami membawa ke sini bakatbakat dari seluruh dunia dan belia boleh belajar dari profesiona­l,” katanya kepada Bernama di sini kelmarin.

“Sejak 2012, World Youth Festivals Management Sdn Bhd telah dapat menganjurk­an festival jazz belia terbesar dunia ini, yang dibuka percuma kepada orang awam,” kata beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia