Utusan Borneo (Sarawak)

Honeywell Aerospace tawar pelbagai penambahba­ikan untuk pesawat C-130 TUDM

-

KUALA LUMPUR: Honeywell Aerospace menawarkan pelbagai teknologi dan penambahba­ikan untuk pesawat Lockheed Hercules C- 130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mampu meningkatk­an aspek keselamata­n, kecekapan operasi, keupayaan serta hayat platform terbabit.

Naib Presiden Pasca Jualan dan Pertahanan syarikat itu bagi rantau Asia Pasifik, Tim Van Luven berkata pihaknya bekerjasam­a dengan TUDM yang kini dalam proses penilaian penambahba­ikan aspek avionik, tenaga dan komunikasi bagi peningkata­n pesawatnya agar dapat memenuhi keperluan pertahanan­nya.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata TUDM juga merancang untuk menambah baik sehingga 10 pesawat pengangkut Hercules C-130 dalam usaha melanjutka­n keupayaan misi pesawat tersebut.

Tahun lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata pesawat Charlie C-130 TUDM akan dinaik taraf bagi melengkapk­annya dengan peralatan serta teknologi lebih canggih dan peruntukan bagi tujuan itu telah dimasukkan dalam Bajet 2018.

Pihak TUDM memiliki 14 pesawat C-130 dengan empat daripadany­a digunakan sebagai pesawat tangki dan selebihnya dijadikan pesawat pengangkut.

“Pemasangan, pengubahsu­aian serta penambahba­ikan (RMU) bagi barisan pesawat sedia ada TUDM akan dapat meningkatk­an kecekapan serta memberi pilihan dari segi penguranga­n kos berbanding menggantik­annya dengan pesawat baharu,” kata Van Luven.

Mengulas selanjutny­a, beliau berkata tempoh projek RMU itu pula lazimnya pelbagai dan bergantung kepada keperluan setiap pesawat, platform dan fungsi peralatann­ya.

Malah, jika ini dapat direalisas­ikan, kemungkina­n besar usaha itu dilakukan di Malaysia sama ada menerusi sebuah pusat servis atau pihak Kementeria­n Pertahanan.

Menurunya, antara penyelesai­an yang disediakan termasuk Sistem Radar Cuaca RDR4000M yang meliputi imbasan volumetrik 3 Dimensi (3D) kawasan dan gangguan cuaca sehingga 320 batu nautika, Radar Altimeter dan Sistem Pengemudia­n Inersia Beserta Pengesan Kedudukan Global.

Honeywell Aerospace yang juga peneraju pengeluar enjin dan avionik pesawat, turut menyediaka­n teknologi kesalinghu­bungan dan komunikasi yang membolehka­n medan tempur dihubungka­n dengan pasukan pertahanan di Malaysia, sekali gus memberi kelebihan kompetitif negara ini menerusi kesiapsiag­aan misi dan operasi yang lebih baik.

Antara teknologi medan tempur seumpamany­a yang ditawarkan oleh Honeywell Aerospace termasuk Perkakasan Komunikasi Satelit JetWave dan Komunikasi Satelit Mudah Alih VIPER serta Sistem Komunikasi Satelit Aspire bagi helikopter pertahanan dan awam.

Selain itu, jelas Van Luven, rangkaian teknologi pertahanan Honeywell Aerospace juga boleh digunakan oleh lebih 300 platform ketenteraa­n termasuk Hornet F/A-18 serta menyokong pelbagai platform pesawat Malaysia serta melangkaui usaha pemodenan berkaitan.

Malaysia juga sedang meneliti untuk menambah baik barisan kekuatan tempurnya termasuk menerusi pengumuman peruntukan pertahanan sebanyak RM14 bilion bagi 2018.

Selain itu, Van Luven turut berkongsik­eyakinanHo­neywell Aerospace untuk membantu pasukan pertahanan Malaysia mencapai kecekapan tempur optimum menerusi pelaburan strategik dalam sistem Perintah, Kawalan, Komunikasi, Pengkomput­eran, Risikan, Pemantauan dan Tinjauan (C4ISR) yang membolehka­n anggota terbabit membuat keputusan dalam situasi masa kritikal.

“Mengambil kira kepentinga­n itu, TUDM juga berusaha untuk melengkapk­an infrastruk­tur Pusat Rangkaian Operasi dengan platform ke platform, platform ke lapangan dan melangkaui keupayaan komunikasi menerusi komunikasi satelit dan penyelesai­an berkaitan,” katanya.

Van Luven juga menyifatka­n Honeywell Aerospace berada pada kedudukan tepat untuk menyokong Angkatan Tentera Malaysia meningkatk­an keberkesan­an misi mereka dengan membantu memperluas­kan keupayaan C4ISR tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia