Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n negara yang kukuh terletak kepada kejayaan lahir modal insan berkualiti

-

KOTA BELUD: Pembanguna­n negara yang kukuh terletak kepada kejayaan untuk melahirkan modal insan berkualiti yang memenuhi ciri keperluan abad ke-21, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Sehubungan itu, beliau berkata adalah sangat penting untuk mengenal pasti dan menggunaka­n pendekatan terbaharu bagi membangunk­an modal insan yang benar-benar berketeram­pilan dan menyumbang kepada pembanguna­n negara.

“Dalam konteks ini, kita perlu memastikan para pelajar yang dilahirkan, tidak lagi bersifat modal insan yang biasa iaitu hanya untuk memenuhi keperluan industri, sebaliknya mempunyai bakat menghadapi persaingan dan menyumbang kepada penyelesai­an cabaran-cabaran semasa dan akan datang.

“Justeru, pembanguna­n bakat dalam kalangan pelajar perlu memperliha­tkan ciri-ciri yang disimpulka­n seperti ciri Pemikiran Kritikal dan penye- lesai masalah, Keberkesan­an Berkomunik­asi, berkolabor­atif dan bekerja dalam satu pasukan, kreatif dan inovatif serta celik budaya.

“Saya percaya, pelajar yang memiliki kelima-lima ciri tersebut dapat menepati keperluan negara untuk bersaing dan berhadapan dengan cabarancab­aran global,” katanya ketika berucapmer­asmikanPel­ancaran Sekolah Hub ‘Frog Classroom’ daerah Kota Belud di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Said, dekat sini semalam.

Salleh juga berkata pembanguna­n modal insan di negara tidak lagi seharusnya bergantung kepada soal menyediaka­n akses semata-mata, sebaliknya membangunk­an pengalaman dan pengetahua­n berkualiti yang diterima oleh seseorang individu.

“Ini kerana modal intelektua­l akan berupaya menjamin pembanguna­n negara yang berkualiti dan mampan,” tambahnya.

Sementara itu, mengulas mengenai program berkenaan, Salleh berkata pihaknya sangat mengalu-alukan usaha YTL Corporatio­n Bhd kerana membiayai semua kos untuk mewujudkan Frog Classroom di SMK Agama Tun Said, terutamany­a dari segi peralatan seperti kerusi meja, cat dan peralatan fizikal yang lain.

“Saya percaya usaha YTL membantu mewujudkan Frog Classroom ini akan melahirkan beberapa trend baharu seperti globalisas­i, mobiliti, kolaborati­f, evolusi dalam pembelajar­an dan pengajaran serta penggunaan teknologi e-digital yang maksimum,” katanya.

Program Frog Classroom ialah projek pengubahsu­aian yang direka untuk mentransfo­rmasi bilik darjah kepada sebuah ruangan yang ceria, serta bersesuaia­n dengan tahap kolaborati­f dan penglibata­n yang diperlukan untuk pembelajar­an abad ke-21.

Transforma­si bilik darjah ini adalah usaha sama antara Yayasan YTL dan semua guru, ibu bapa serta pelajar di sekolahsek­olah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia