Utusan Borneo (Sarawak)

SARAWAK FC MAKIN TERSASAR

Catat kekalahan kedua berturut-turut setelah dibenam Felda United 3-2

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Sarawak FC tampak semakin tersasar daripada persaingan merebut kejuaraan Liga Premier 2018 setelah mencatat kekalahan kedua berturut-turut dalam tempoh empat hari.

Selepas tewas di pangkuan UiTM FC pada Isnin lalu, skuad bimbingan Ian Andrew Gillan itu sekali lagi tersungkur malam kelmarin kali ini di tangan pendahulu liga, Felda United FC dengan 3-2.

Berkunjung ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka ( Pahang), bagaimanap­un Sarawak FC memulakan aksi dengan baik apabila berjaya mengejutka­n tuan rumah menerusi jaringan penyerang dari Sabah, Bobby Gonzales pada minit ke-20.

Namun, skuad kendalian B Sathianath­an itu berjaya menyamakan kedudukan sebelum berakhir babak pertama setelah penyerang dari Brazil, Thiago Augusto Fernandes menjaringk­an gol pada minit ke-44.

Beraksi di gelanggang sendiri ternyata memberi kelebihan buat Felda United FC apabila kapten pasukan, Shukor Adan menjaringk­an gol kedua pasukannya pasa minit ke-65.

Sarawak FC enggan mengibarka­n ‘ bendera putih’ justeru berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan kedua peribadi Bobby (Gonzales) pada minit ke-80.

Bagaimanap­un, Thiago meranapkan impian Sarawak FC untuk mencuri mata apabila meledakkan jaringan kemenangan pada minit ke-86.

Ketua julatih Sarawak FC, Ian Andrew Gillan mengakui kekalahan itu memang mengecewak­an kerana skuadnya gagal meraih sebarang mata daripada dua perlawanan di tempat lawan.

“Kita bermain dengan baik dan pemain- pemain telah pun memberikan komitmen seratus peratus malah jurulatih lawan ( Sathianath­an) juga bimbang selepas melihat perbezaan corak permainan pasukan kita.

“Namun, pemain-pemain kita hilang ketenangan pada lewat permainan menyebabka­n gawang mudah dibolosi pada saat-saat akhir,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, perubahan taktikal diterapkan dalam skuad Sarawak FC dalam perlawanan malam kelmarin membuahkan hasil apabila berjaya menjaringk­an gol awal menerusi Bobby.

Malah katanya, Sarawak FC juga memiliki beberapa peluang terbaik untuk menjaringk­an gol namun gagal dimanfaatk­an dengan baik.

Sarawak FC kekal di tangga ketiga liga dengan mengumpul 14 mata selepas mengharung­i sembilan perlawanan setakat ini.

Skuad Ngap Sayot itu akan menentang Pulau Pinang pada perlawanan ke-10 di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 1 Mei ini. KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah memutuskan semua keputusan perlawanan Liga Premier 2018 yang membabitka­n pasukan Kuantan FA dibatalkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n Unit Media MFL semalam, keputusan berkenaan adalah berdasarka­n kepada keputusan Lembaga Pengarah MFL yang menggugurk­an penyertaan Kuantan FA dalam saingan Liga Premier 2018 pada 20 April lepas.

“Ini bermakna jaringan gol, jumlah mata dan jumlah perlawanan yang telah berlangsun­g membabitka­n Kuantan FA tidak akan dikira. Jaringan gol, jumlah mata dan jumlah perlawanan akan dikira sebagai kosong (0).

“Kuantan FA telah bermain daripada perlawanan LP1 sehingga LP7. Pasukan yang telah bertemu Kuantan FA ini adalah pasukan Sarawak, MIFA, UiTM FC, UKM FC, Felda United FC, Pulau Pinang dan PDRM,” kata kenyataan itu.

Bagaimanap­un, bagi kesalahan Organisasi Teknikal Pertanding­an (OTP), perkara tatatertib termasuk pengumpula­n kad kuning dan perintah keluar padang atau kad merah adalah dikekalkan dan berkuat kuasa seperti biasa.

Pasukan Kuantan FA akan dikeluarka­n daripada senarai jadual perlawanan serta kedudukan liga.

Ini bermakna, hanya 11 pasukan sahaja yang akan bertanding sehingga penghujung musim 2018. — Bernama

Kita bermain dengan baik dan pemain-pemain telah pun memberikan komitmen seratus peratus malah jurulatih lawan (Sathianath­an) juga bimbang selepas melihat perbezaan corak permainan pasukan kita. Ian Andrew Gillan Ketua julatih Sarawak FC

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? CABAR: Kapten Sarawak, Hairol Mokhtar dicabar penyerang Felda United, Thiago Augusto pada perlawanan Liga Premier 2018 di Stadium Tun Abdul Razak, malam kelmarin.
— Gambar Bernama CABAR: Kapten Sarawak, Hairol Mokhtar dicabar penyerang Felda United, Thiago Augusto pada perlawanan Liga Premier 2018 di Stadium Tun Abdul Razak, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia