Utusan Borneo (Sarawak)

Restoran Raintree tawar hidangan istimewa Hari Ibu

- EKONOMI

KUCHING: Sambutan Hari Ibu adalah hari untuk meraikan pengorbana­n dan cinta yang tidak berbelah bahagi kepada ibu tercinta.

Cef Eksekutif Restoran Raintree, Desmond Davies dan pasukannya menyediaka­n tiga jenis hidangan gourmet khas untuk ibu tersayang bagi makan malam yang mewah.

Menurut kenyataan akhbar kelmarin, tiga hidangan tersebut dimulakan dengan Amuse Bouche, diikuti dengan pem- buka selera dan pilihan salad atau sup.

Turut disediakan salad Nicoise dengan tuna, filet ikan bilis, telur puyuh dengan kuah limau atau sup ekor Asia sebelum ke hidangan utama.

Hidangan Raintree Signature yang utama antaranya ialah daging biri-biri dihidang bersama kentang, puri kacang panjang dengan rasa pudina dan pai daging biri-biri yang didatangka­n dengan jus rosemary.

Selain itu, terdapat juga filet siakap bakar bersama sos beurre blanc yang dihidang bersama puri labu kuning dan bunga kubis panggang.

Bagi ibu yang meminati steak boleh mencuba steak daging batang pinang bersama lada hitam, cendawan liar, sos béarnaise atau sos barbeku tiga rasa Raintree.

Dagingnya lembut dan cukup beraroma bersama sos pilihan masing-masing.

Restoran Raintree turut menyediaka­n hidangan pencuci mulut yang menyelerak­an yang kesemuanya bernilai RM85 setiap orang termasuk hadiah khas untuk setiap ibu.

Makan malam akan dihidangka­n dari jam 6.30 petang hingga 11 malam.

Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila hubungi The Raintree Restaurant di 082-392 988.

 ??  ??
 ??  ?? ENAK: Steak batang pinang disajikan bersama sayur-sayuran.
ENAK: Steak batang pinang disajikan bersama sayur-sayuran.
 ??  ?? PENCUCI MULUT: Puding beras dengan mangga.
PENCUCI MULUT: Puding beras dengan mangga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia