Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita diugut bunuh gara-gara cemburu

Polis giat buru teman lelaki mangsa susulan insiden pergaduhan di rumah kongsi

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Seorang wanita berdepan detik malang apabila dikasari teman lelakinya beberapa kali sebelum berjaya melarikan diri dari rumah kongsi di sebuah kem di Jalan Lubok Lalang dekat sini, Isnin lepas.

Mangsa, 36, dari Rumah Sintau Lubok Kepayang, bergaduh dengan teman lelakinya warga Indonesia di

Namun mangsa berdepan insiden sama petang Selasa lepas akibat perasaan cemburu suspek terhadap bekas teman lelaki mangsa. Superinten­den Mohd Bukhori Saffai Ketua Polis Daerah Limbang

rumah terbabit sekitar jam 11 malam.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, dalam pergaduhan itu suspek dikatakan mencekik, mengacukan parang dan mengugut untuk membunuh mangsa.

“Mangsa bagaimanap­un dapat melarikan diri ke rumah makciknya di kawasan berhampira­n.

“Namun mangsa berdepan insiden sama petang Selasa lepas akibat perasaan cemburu suspek terhadap bekas teman lelaki mangsa,” katanya kepada media semalam.

Mohd Bukhori berkata lagi, hasil siasatan awal men- dapati suspek cemburu dan curiga dengan mangsa kerana masih berhubung dengan bekas teman lelakinya.

“Mangsa turut mendapatka­n rawatan di Hospital Limbang dan suspek sudah dikenal pasti dan usaha mengesanny­a sedang giat dilakukan,” katanya lagi.

Kes katanya, disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia