Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki tidak mengaku curi bateri

-

MIRI: Dua lelaki masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan mencuri sebiji bateri bernilai RM150.

Eleven Daniel, 22, dan Dominic Jarit, 25, didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, kedua-dua tertuduh didakwa mencuri sebiji bateri jenis GS berwarna hitam berharga RM150 kepunyaan Chiew Jan Man, 52.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.45 tengah hari, 23 April lalu di sebuah rumah di Lorong 8-2 Desa Pujut, Permyjaya di sini.

Di hadapan mahkamah, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangk­an kedua-dua tertuduh telah mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.

Penolong Kanan Pendaftar Md. Syafique Md. Hilmie yang mendengar kes itu membenarka­n permohonan tersebut dan menetapkan 21 Mei depan untuk pengurusan kes.

Sementara itu, kedua- dua tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan masing-masing RM3,000 berserta dua penjamin tempatan.

Dalam kes berasingan, Dominic turut didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana melakukan penceroboh­an jenayah dengan menceroboh masuk ke kawasan rumah milik Chiew Jan Man, 52.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan atau denda RM1,000 atau keduaduany­a sekali.

Kesalahan itu didakwa dilakukann­ya pada jam 12.45 petang, 23 April lalu di sebuah rumah di Lorong 8- 2 Desa Pujut Permyjaya di sini.

Setelah mendengar pengakuan tidak salah tertuduh, mahkamah turut menetapkan 21 Mei depan untuk pengurusan kes.

Tertuduh kemudian diperintah­kan dibebas dengan jaminan RM4,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia