Utusan Borneo (Sarawak)

Berita gembira Bekalan Air Grid Sarawak dijangka Okt ini

KM bayangkan akan umum pelaksanaa­n projek untuk mengatasi masalah bekalan air di beberapa kawasan Sarawak

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg membayangk­an akan mengumumka­n satu lagi berita gembira buat rakyat negeri ini pada Oktober tahun ini berhubung pelaksanaa­n Bekalan Air Grid Sarawak.

Beliau berkata, dengan pelaksanaa­n projek itu, masalah bekalan air di beberapa kawasan di negeri ini dapat diselesaik­an.

“Sama-sama rakyat berdoa jika terlaksana pada bulan 10 (Oktober) nanti kerajaan akan membangunk­an Bekalan Air Grid Sarawak bernilai RM8 bilion,” katanya pada Majlis Peletakan Batu Asas Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri KPDNKK Malaysia Datuk Henry Sum Agong, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan penyandang kerusi Parlimen Limbang Hasbi Habibollah.

Mengulas mengenai masalah bekalan air di daerah Lawas, RM169.4 juta diperuntuk untuk membangunk­an bekalan air di Lawas dalam tempoh dua tahun.

Dengan peruntukan terbabit katanya, kawasan Punang, Merapok dan Trusan di daerah ini tidak akan berdepan masalah air.

Sementara itu katanya, Sarawak giat menerokai pem-

Sama-sama rakyat berdoa jika terlaksana pada bulan 10 (Oktober) nanti kerajaan akan membangunk­an Bekalan bilion. ” Air Grid Sarawak bernilai RM8 Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

bangunan tenaga alternatif yang boleh diperbahar­ui menerusi penyelidik­an dan penggunaan teknologi baharu.

Beliau berkata, usaha ini termasuk melakukan ujian terhadap penggunaan aplikasi sel bahan bakar hidrogen dalam sektor pengangkut­an, pendigital­an tenaga elektrik, meningkatk­an pelaksanaa­n transforma­si dan menjadi contoh di peringkat global dalam penyediaan bekalan elektrik ke kawasan luar bandar melalui penggunaan tenaga bersih.

“Sebagai contoh, dalam pada masa depan, landskap pengangkut­an awam di Sarawak akan mengalami transforma­si ke arah lebih baik melalui penggunaan bas yang menggunaka­n kuasa elektrik.

“Langkah paling penting ialah meluaskan kategori bas ini kepada yang menggunaka­n tenaga hidrogen, sekali gus menjadikan Kuching bandar raya pertama di negara ini yang mempunyai bas seperti itu sebagai projek perintis,” katanya lagi.

 ??  ?? MERIAH: Ketibaan Abang Johari (tiga kiri) ditemani Awang Tengah disambut dengan paluan kompang.
MERIAH: Ketibaan Abang Johari (tiga kiri) ditemani Awang Tengah disambut dengan paluan kompang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia