Utusan Borneo (Sarawak)

Bersatu pastikan setiap calon BN menang besar: Abdullah

-

BINTANGOR: Rakyat perlu bersatu bagi memastikan setiap calon mewakili Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Perkara itu ditegaskan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol yang memberitah­u, seharusnya tiada isu berkaitan siapa calon mewakili BN.

Malah menurutnya, tumpuan kini perlu diberikan sepenuhnya kepada PRU14 bagi mendapatka­n mandat besar rakyat.

Tambah beliau lagi, kemenangan calon BN amat penting dalam memastikan usaha pembanguna­n untuk rakyat dapat dilaksanak­an dengan lebih lancar dan berkesan.

“Seperti yang kita tahu, wakil rakyat BN mempunyai peruntukan MRP dan RTP yang disediakan khas untuk rakyat dan pembangkan­g pula tidak ada peruntukan sebegitu yang pasti akan menyukarka­n rakyat jika mereka menang nanti.

“Jika calon BN menang, sekurang-kurangnya kita sudah wakil di peringkat Parlimen dan itu memudahkan lagi kerja kita di peringkat DUN,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program KEMAS 4U yang turut dihadiri Pegawai Daerah Haron Mahidi dan calon BN Parlimen Sarikei Datuk Seri Huang Tiong Sii di Dewan Masyarakat Bintangor di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop itu berkata, pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi juga perlu bersatu dalam meyakinkan rakyat untuk menyokong BN.

Beliau menegaskan, masalah yang ditimbulka­n sesama ahli perlu dielakkan kerana boleh menjejaska­n sokongan dan keyakinan rakyat kepada parti berkenaan.

“Usah hiraukan cakapcakap yang tidak betul tentang calon kita, yang penting dia wakil BN dan boleh mewakili suara kita di parlimen.

“Datuk Seri Huang misalnya, memang tidak cakap banyak tapi kerja bagus. Tidak guna kita pilih orang cakap banyak tetapi tidak boleh buat kerja,” ujarnya.

 ??  ?? DEKATI RAKYAT: Abdullah (duduk dua kiri) ditemani Huang (dua kanan) dan Haron pada Program KEMAS 4U di Dewan Masyarakat Bintangor, semalam.
DEKATI RAKYAT: Abdullah (duduk dua kiri) ditemani Huang (dua kanan) dan Haron pada Program KEMAS 4U di Dewan Masyarakat Bintangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia