Utusan Borneo (Sarawak)

144 pelajar cemerlang terima biasiswa UCTS

Para penerima terdiri daripada pelajar pengambila­n September 2017 dan Februari 2018

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Seramai 144 pelajar cemerlang yang mengikuti program pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Kolej Teknologi Sarawak ( UCTS) menerima Biasiswa Lembaga Pengarah UCTS.

Menurut Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, para penerima terdiri daripada pelajar pengambila­n September 2017 dan Februari 2018.

“Di atas kemurahan hati Lembaga Pengarah UCTS, semua pelajar ini menerima biasiswa yang berjumlah keseluruha­n hampir RM200,000.

“Pemberian biasiswa ini adalah sebagai mengiktira­f pencapaian cemerlang yang ditunjukka­n pelajar dalam akademik atau kokurikulu­m,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Biasiswa Lembaga Pengarah UCTS sebelum menyerahka­n biasiswa kepada pelajar, semalam.

Pemberian biasiswa ini adalah sebagai mengiktira­f pencapaian cemerlang yang ditunjukka­n pelajar dalam akademik atau kokurikulu­m. Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid Naib Canselor UCTS

Majlis penyerahan biasiswa disaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah UCTS Dato Sri Wong Soon Koh yang juga merupakan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n.

Beliau juga berkata, pada masa akan datang para pelajar tidak lagi perlu untuk membuat permohonan bagi mendapatka­n biasiswa tersebut, sebaliknya pelajar layak akan dikesan menerusi sistem mereka.

Katanya, pihak universiti mempunyai rekod pencapaian akademik dan penglibata­n pelajar dalam aktiviti kokurikulu­m dan mereka akan terpilih jika menepati kriteria yang diperlukan.

“Kita tidak akan biarkan pelajar membuat permohonan lagi pada masa akan datang kerana kita sudah ada (rekod) dalam sistem.

“Jadi kita sudah tahu gred dan mata LeAD (Anugerah Kepimpinan) mereka,” katanya.

 ??  ?? TAHNIAH: Khairuddin (empat kanan) menyerahka­n biasiswa kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Wong (tengah) dan yang lain.
TAHNIAH: Khairuddin (empat kanan) menyerahka­n biasiswa kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Wong (tengah) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia