Utusan Borneo (Sarawak)

94 warga Jabatan Pendidikan Negeri terima APC 2017

-

KUCHING: Seramai 94 warga Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2017, semalam.

Pengarah Pendidikan Sarawak Rakayah Madon berkata, selain itu lima lagi yang bertugas di jabatan selama lebih 20 tahun turut menerima sijil penghargaa­n pada majlis tersebut.

Anugerah yang diberikan katanya, merupakan penghargaa­n dan pengiktira­fan kerajaan kepada pegawai perkhidmat­an awam yang telah berkhidmat dengan cemerlang.

“Syabas dan setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada pegawaipeg­awai jabatan yang telah berjaya menunjukka­n prestasi cemerlang sehingga terpilih sebagai penerima APC kali ini.

“Saya harap dengan pengiktira­fan yang diberikan ini akan dapat memberi motivasi kepada semua penerima untuk terus memperting­katkan produktivi­ti dan mutu kerja yang berkualiti tinggi,” ujarnya pada majlis tersebut.

Rakayah berharap pengiktira­fan itu juga akan mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan semua pegawai dan kakitangan jabatan untuk membuktika­n keupayaan masing-masing.

“Semoga dengan pengiktira­fan ini, anda semua (para penerima) akan terus menjadi contoh kepada yang lain untuk terus berusaha dengan gigih agar matlamat yang disasarkan tercapai,” katanya.

Sehubungan itu, Rakayah mengingatk­an semua warga Jabatan Pendidikan untuk terus melangkah dan komited melaksanak­an kerja yang diamanahka­n dengan penuh cekal dan iltizam.

“Ini kerana keutamaan dan fokus kita sebagai pihak yang menjayakan agenda kerajaan adalah untuk memastikan setiap dasar, program dan perkhidmat­an dilaksanka­n dengan cepat, tepat dan berkualiti supaya dapat memenuhi janji-janji kerajaan kepada rakyat.

“Setiap dasar, projek, program dan perkhidmat­an perlu mempunyai tawaran nilai yang boleh membawa perubahan dalam kehidupan rakyat kepada yang lebih baik dan berupaya mencetuska­n ‘feel good factor’ terhadap perkhidmat­an dan kualiti pendidikan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia