Utusan Borneo (Sarawak)

Kecemerlan­gan usaha berterusan, kata Ding

-

BINTANGOR: Kecemerlan­gan adalah satu usaha yang berterusan tanpa had waktu atau batasan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, memberikan perkhidmat­an yang terbaik atau meningkatk­an kecemerlan­gan dilihat sebagai iltizam atau komitmen untuk terus melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab dengan lebih sempurna melalui perkhidmat­an lebih cekap dan berkualiti.

“Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang, Anugerah Inovasi, dan Anugerah Perkhidmat­an Bakti Setia untuk sama-sama merenung kembali dan menilai semula prestasi perkhidmat­an di peringkat organisasi dan seterusnya bertindak memperbaik­i dan menambah baik mana-mana bahagian yang didapati lemah atau kurang berkesan.

“Sehingga kini, pelbagai inisiatif telah diperkenal­kan kerajaan untuk meningkatk­an kualiti kerja perkhidmat­an awam,” jelas Ding.

“Antaranya adalah Reinventin­g Government, Total Quality Management System (TQM), Piagam Pelanggan, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.

“Kerajaan telah menyediaka­n beberapa panduan untuk dipatuhi oleh Jabatan dan Agensi Kerajaan bagi menguruska­n perancanga­n dan pelaksanaa­n tugas dan aktiviti tertentu seperti pengurusan jawatan, kewangan projek pembanguna­n dan penambahba­ikan kualiti dalam pentadbira­n awam,” kata Ding.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang di Dewan Sri Rajang, semalam yang menyaksika­n 40 menerima APC.

Menurut Ding, terdapat banyak faktor yang mempengaru­hi keberkesan­an pengurusan organisasi antaranya iklim dan budaya, kepimpinan, pengurusan dan pentadbira­n, lokasi, kemudahan, sumber organisasi, infrastruk­tur dan ini semua adalah berteraska­n hala tuju dan perancanga­n strategi organisasi tersebut.

Justeru itu katanya, usaha-usaha pemodenan dan kemajuan Kementeria­n Pendidikan dilipatgan­dakan seiring kepesatan pembanguna­n negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia