Utusan Borneo (Sarawak)

Islam agama rasmi dalam Perlembaga­an, tetapi penduduk bukan Islam bebas amal agama masing-masing tanpa sekatan

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Jabatan Ketua Menteri merupakan usaha berterusan kerajaan menangani perkara berhubung kepentinga­n dan keperluan agama-agama lain di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, unit itu berperanan untuk memastikan keharmonia­n dalam agama dijaga sebaiknya.

“Jangan kita salah faham berhubung penubuhan UNIFOR di Jabatan Ketua Menteri.

“Penubuhan unit ini penting dalam memastikan keharmonia­n antara agama dijaga kerana Sarawak terdiri daripada masyarakat majmuk,” katanya pada Seminar Pembanguna­n Ummah 2018 di Masjid Baitul Iman, malam kelmarin.

Turut hadir ialah Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, penyandang kerusi Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Datu Misnu Taha, Mufti Negeri Sarawak Sahibus Samahah Datu Kipli Yassin, Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak ( TBS) Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, Residen Limbang Ir Ahmad Denny Fauzi dan Pegawai Daerah Limbang Jamalie Busri.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Keusahawan­an dan Menteri Kedua Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli berkata, walaupun agama Islam adalah agama rasmi dalam Perlembaga­an tetapi penduduk bukan Islam bebas mengamalka­n agama masing-masing tanpa sekatan terutamany­a di Sarawak.

Kerajaan negeri katanya, turut menyumbang peruntukan kepada badan-badan agama lain menjalanka­n aktiviti keagamaan masing-masing serta baik pulih tanah ibadat.

Beliau mahu Islam terus bersatu dan mengelak perpecahan.

“Soal perpaduan penting dan memelihara keharmonia­n hidup dalam masyarakat kita.

“Kerajaan amat memberi penekanan soal perpaduan dan keharmonia­n antara masyar- akat,” kata beliau.

Di Sarawak menurutnya, sikap tolong menolong dan hormat menghormat­i satu sama lain sudah lama wujud.

“Walaupun mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan berbeza pegangan agama, tetapi kita tetap hidup dalam keharmonia­n.

“Keadaan ini berbeza dengan masyarakat di Timur Tengah yang sentiasa bergolak sehingga membawa kepada pertumpaha­n darah dan rakyatnya menjadi pelarian,” katanya lagi.

Awang Tengah menjelaska­n lagi, Islam mengajar umat-Nya bukan saja menjaga hubungan sesama manusia tetapi juga mencintai dan memelihara alam sekitar.

Ajaran agama katanya, bukan sahaja menekankan hubungan bersaudara tetapi dipanjangk­an dengan masyarakat bukan seagama.

“Islam bukan saja mengajar umat-Nya bukan saja merapatkan hubungan dengan Allah tetapi juga antara manusia dan institusi keluarga serta hubungan dengan alam sekitar,” ujar beliau lagi.

Oleh itu katanya, kerajaan negeri memerangi sekerasker­asnya pembalakan haram kerana bukan sahaja merugikan negara, malah memusnahka­n alam sekitar.

“Pembalakan haram bukan saja boleh memusnahka­n alam sekitar malah menyebabka­n berlakunya tanah runtuh dan sebagainya.

“Sebab itu kita diajar bukan saja menguatkan hubungan sosial tetapi alam sekitar yang merupakan sumber kekayaan kita,” jelasnya lagi.

Mengenai program itu katanya, ilmu pengetahua­n perlu dipelajari kerana menjadi tonggak perpaduan ummah, selain meningkatk­an lagi semangat dan keupayaan supaya menjadi ummah cemerlang.

 ??  ?? UMMAH CEMERLANG: Misnu (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Awang Tengah sambil disaksikan kenamaan lain malam kelmarin.
UMMAH CEMERLANG: Misnu (tiga kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Awang Tengah sambil disaksikan kenamaan lain malam kelmarin.
 ??  ?? RASMI: Fadillah ketika melakukan simbolik perasmian CCCS sambil disaksikan Hasidah, Fazzrudin dan Ahmad di Kuching, semalam.
RASMI: Fadillah ketika melakukan simbolik perasmian CCCS sambil disaksikan Hasidah, Fazzrudin dan Ahmad di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia