Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia diyakini capai sasaran kadar produktivi­ti CITP menjelang 2020

-

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yakin Malaysia akan mencapai sasaran kadar produktivi­ti yang ditetapkan Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP) menerusi pembanguna­n personel binaan menjelang 2020.

Beliau berkata, pembanguna­n personel binaan akan terus dilaksanak­an dan menjadi inisiatif penting di bawah CITP menerusi teras strategik produktivi­ti yang selaras dengan keperluan pembanguna­n negara dalam Rancangan Ma- laysia Ke-11 (RMK11).

Menurut Fadillah, CITP telah meletakkan sasaran kadar produktivi­ti industri pembinaan sebanyak 2.5 kali ganda kepada RM62,000 per kapita pekerja menjelang tahun 2020.

“Jumlah itu berbanding kadar produktivi­ti sebanyak RM22,464 pada tahun 2011,” katanya pada majlis perasmian Pusat Konvensyen CIDB Sarawak (CCCS) di Jalan Sultan Tengah di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Muda di PejabatKet­uaMenteri, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman dan Pengerusi CIDB Malaysia Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata berdasarka­n Laporan Produktivi­ti Malaysia oleh Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) pada 2017, industri pembinaan telah mencapai kadar produktivi­ti sebanyak RM40,105 per kapita pekerja.

Tambahnya, ia merupakan pencapaian yang memberangs­angkan.

“Saya percaya dengan kerjasama semua pihak, kita pasti akan dapat mencapai kadar produktivi­ti yang disasarkan dalam CITP,” ujarnya.

Terdahulu, Fadillah menyempurn­akan perasmian CCCS yang merupakan salah satu komponen projek fasa satu pembanguna­n Kompleks CIDB Sarawak yang telah siap sepenuhnya.

Projek itu melibatkan beberapa struktur bangunan termasuk CCCS, blok asrama, kemudahan riadah dan sukan yang bernilai RM30 juta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia