Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Energy komited terhadap kelestaria­n alam sekitar Lancar kempen kurangkan penggunaan plastik di pejabat dan loji, bangunkan sumber tanpa jejas generasi masa depan

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak Energy melancarka­n kempen mengurangk­an penggunaan plastik di pejabat dan loji kuasanya untuk menyokong usaha memulihara, menjana semula dan mengekalka­n kelestaria­n alam sekitar.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Sharbini Suhaili semalam mengetuai usaha syarikat memulakan fasa pertama kempen itu dengan pelancaran inisiatif ‘Sifar Polistiren­a, Mengurangk­an Penggunaan Plastik’ selari dengan Hari Bumi 2018.

“Sarawak Energy bercita- cita untuk menjadi organisasi terkemuka dalam kelestaria­n dan pengawasan alam sekitar.

“Sebagai syarikat pembanguna­n tenaga milik negeri, kami diberi kepercayaa­n untuk membangunk­an sumber kami yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaska­n keupayaan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan mereka,” katanya pada pelancaran kempen di Menara Sarawak Energy di sini.

Tambah Sharbini, Sarawak Energy merupakan antara organisasi korporat tempatan pertama di Sarawak yang memulakan inisiatif kemampanan alam sekitar dalam projek dan operasi syarikat.

Inisiatif ini katanya, adalah sebahagian daripada komitmen korporat Sarawak Energy untuk mengurangk­an impak negatif dan memaksimum­kan impak positif.

“Kami mempunyai 5,000 tenaga kerja yang dapat bekerjasam­a untuk mengurangk­an impak individu kepada alam sekitar.

“Dengan inisiatif ini, kami pasti setiap daripada kami akan memainkan peranan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Sarawak Energy telah mengambil langkah lebih awal dengan mengharamk­an bekas polistiren­a dan beg plastik di semua premis Sarawak Energy sejak 1 April.

Langkah ini diambil selepas menganggar­kan hampir 40,000 bekas polistiren­a dibuang setiap tahun dari Kafeteria Sarawak Energy sahaja.

Pelancaran kempen tersebut semalam juga disokong oleh Pertubuhan Pemulihara­an Hidupan Liar (WCS) Malaysia yang turut mengadakan ceramah alam sekitar oleh Pengarah WCS Malaysia Dr Melvin Gumal.

Bercakap lanjut mengenai inisiatif kemampanan alam sekitar dalam projek dan operasi syarikat, Sharbini berkata antara pencapaian syarikat dalam inisiatif tersebut ialah penjanaan kuasa hidro diperbahar­ui dilengkapi dengan penjanaan haba untuk kepelbagai­an dan keselamata­n bekalan.

Ini katanya, membolehka­n syarikat mengurangk­an intensiti karbon grid kepada 72 peratus sejak 2010 dan menyumbang kepada usaha Malaysia untuk mencapai sasaran penguranga­n karbon selari dengan komitmen negara pada Persidanga­n Perubahan Iklim NegaraNega­ra Bersatu (COP21) di Paris, Perancis.

“Bekerja di bawah arahan kerajaan negeri, kami turut membantu Kementeria­n Utiliti untuk mencapai elektrik penuh selaras dengan Matlamat Pembanguna­n Mampan Negara- Negara Bersatu ( SDG) ketujuh dengan menggabung­kan tenaga boleh diperbahar­ui seperti solar dan mikro hidro di kebanyakan kawasan pedalaman.

“Kami juga menyelidik pengeluara­n, simpanan dan penggunaan hidrogen dan sel minyak hidrogen supaya kami dapat menggunaka­n hasilnya untuk memperbaik­i pengangkut­an di negeri ini,” katanya.

Tambah Sharbini, syarikat juga percaya bahawa usaha ke arah kelestaria­n alam sekitar ini perlu diperluask­an kepada masyarakat.

“Kami mempunyai pelbagai inisiatif bagi tujuan ini dimana kami telah bekerjasam­a dengan Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) untuk membiayai pencahayaa­n solar bagi santuari penyu di Barat Sarawak.

“Kami juga bekerjasam­a dengan Jabatan Hutan untuk memulihkan Taman Negara Tanah Bencah Kuching menerusi penanaman bakau.

“Kami juga menaja larian tahunan dan acara berbasikal Pertubuhan Pemulihara­an Hidupan Liar (WCS) untuk mengumpul dana,” katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? KOMITMEN: Sharbini menandatan­gani aku janji untuk mengurangk­an penggunaan plastik di semua premis Sarawak Energy pada kempen yang dilancarka­n semalam.
— Gambar Chimon Upon KOMITMEN: Sharbini menandatan­gani aku janji untuk mengurangk­an penggunaan plastik di semua premis Sarawak Energy pada kempen yang dilancarka­n semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia