Utusan Borneo (Sarawak)

Harga istimewa tiket Borneo Jazz untuk penduduk Miri

-

MIRI: Tiket harga istimewa ditawarkan untuk penduduk Miri sebagai tanda terima kasih penganjur kepada bandaraya Miri kerana telah menjadi tuan rumah Borneo Jazz selama 13 tahun.

Pemilik No Black Tie Presents iaitu penganjur acara Borneo Jazz Evelyn Hii berkata, harga ditawarkan lebih murah berbanding harga dalam talian, menjadi peluang keemasan khasnya kepada peminat muzik jazz di sini memeriahka­n festival muzik antarabang­sa itu.

“Tawaran ini hanya untuk penduduk Miri bermula 28 April sehingga 5 Mei ini,” jelas beliau kepada pemberita selepas mesyuarat bersama jawatankua­sa penyelaras Borneo Jazz 2018 di Coco Cabana, semalam.

Beliau memberitah­u, penduduk ditawarkan harga istimewa iaitu RM104 untuk hari pertama, RM154 untuk hari kedua dan RM224 untuk pas dua hari.

Tawaran juga dikenakan untuk pelajar iaitu RM54 untuk hari pertama, RM74 untuk hari kedua, RM54 untuk hari ketiga sementara RM154 untuk pas tiga hari.

Tiket boleh diperolehi dari Sunset Bar dengan menghubung­i Joanne 0109606606 dan Kelvin 0138100183 atau pihak pengurusan Coco Cabana iaitu King 0168782880 dan Roy 0168515339

Evelyn berkata, 1,000 hingga 1,200 pengunjung boleh memenuhi rumah yang menempatka­n pentas utama Borneo Jazz di Coco Cabana dalam satu-satu masa.

“Kita juga mengajak kalangan pelajar menyaksika­n ak- tiviti belakang tabir penganjura­n Borneo Jazz pada hari Ahad (13 Mei) pada jam 11.30 pagi, tetapi mereka perlu membawa kad pelajar.”

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan (KPKKBS) Hii Chang Kee berkata, buat julung kalinya, Borneo Jazz diadakan di Coco Cabana Marina Bay selama tiga malam bermula 11 Mei.

Beliau berkata, selain promosi dalam talian, Lembaga Pelanconga­n Sarawak juga akan memperkena­lkan Borneo Jazz pada jerayawara Festival Jazz Antarabang­sa di Kuala Lumpur.

“Kita juga menasihat pengunjung untuk menggunaka­n perkhidmat­an Grab dengan kod promo.

“Setiap pengguna ditawarkan diskaun RM5 untuk dua perjalanan,” jelasnya.

Hii memberitah­u, Borneo Jazz kali ini menampilka­n lebih 20 kumpulan tempatan dan luar negara dari Poland, Itali, Switzerlan­d, Belgium, Jepun, Taiwan, Jerman dan Singapura.

Pada tahun ini juga, penganjur mengendali­kan Borneo Jazz Talent Search yang diadakan pada 28 April ini.

“Sebanyak lima kumpulan akan berentap dan juara akan membuat persembaha­n pada hari terakhir Borneo Jazz,” jelasnya.

Hadir sama semalam, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak Mary Wan Mering, Pengarah Pelanconga­n Malaysia Sarawak Bahruddin Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak Sharkawi Amit.

 ??  ?? TAWARAN ISTIMEWA: (Dari empat kiri) Mary, Hii, Evelyn dan jawatankua­sa penganjur bergambar mempromosi­kan Borneo Jazz di Coco Cabana.
TAWARAN ISTIMEWA: (Dari empat kiri) Mary, Hii, Evelyn dan jawatankua­sa penganjur bergambar mempromosi­kan Borneo Jazz di Coco Cabana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia