Utusan Borneo (Sarawak)

RS1 seiring hasrat kerajaan menuju era ekonomi digital

-

Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais pada majlis pelancaran Program Pemanduan Selamat anjuran Pro Auto Care Centre Sdn Bhd di Taman Perindustr­ian Pending di sini, semalam.

Beliau berkata, sokongan itu penting agar kerajaan dapat melaksanak­an dasar dan program pembanguna­n dengan lancar demi kesenangan rakyat terutamany­a generasi akan datang. kerajaan negeri di bawah kepimpinan Abang Johari telah memperuntu­kkan RM1 bilion untuk memperkasa­kan teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT) dan Internet di Sarawak.

“Ini termasuk kawasan pedalaman supaya semua rakyat boleh memanfaatk­an kemudahan yang disediakan ini,” tambahnya.

Beliau menjelaska­n pada era digital ini, kebergantu­ngan manusia terhadap mesin kian meningkat.

“Amat jelas sekarang dan pada masa akan datang manusia akan berpandu atau dibantu oleh mesin untuk membuat apa sahaja keputusan yang penting,” jelasnya.

Menyentuh mengenai program i tu, beliau menyambut baik usaha Pro Auto Care Centre Sdn Bhd dalam meningkatk­an lagi kemahiran pengguna untuk mengamalka­n pemanduan selamat.

Selain i tu katanya, penyelengg­araan kenderaan juga penting demi memastikan kenderaan yang dipandu sentiasa dalam keadaan selamat.

Justeru, beliau menggesa syarikat tersebut mengadakan promosi dan pemasaran yang agresif bukan sahaja kepada jabatan dan agensi kerajaan, tetapi juga kepada masyarakat umum.

“Saya mendoakan syarikat ini akan maju dan jaya menjadi pusat latihan khas untuk pemanduan selamat serta sebagai pusat perkhidmat­an kereta di Sarawak,” ujarnya.

Hadir sama Datuk Bandar Dewan Bandar Raya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai, Ketua Pegawai Eksekutif Pro Auto Care Centre Sdn Bhd Abang Aslan Abang Ahmat Kassim dan tetamu kehormat lain. SIBU: Rancangan Sibu 1 ( RS1) selain bertujuan membangunk­an bandar dan luar bandar Sibu, juga seiring dengan hasrat kerajaan negeri menuju era ekonomi digital.

Pengerusi RS1 Dato Andrew Wong berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg berusaha membawa negeri ini menuju ekonomi digital.

“Oleh itu dalam RS1, kita menggunaka­n robot sebagai maskot kerana kita juga mahu seiring dengan kerajaan negeri menuju era digital,” ujarnya.

Andrew yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen P.212 Sibu berkata demikian ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sibu di Kampung Budaya 1Malaysia, Bukit Aup, malam kelmarin.

Majlis dirasmikan Pegawai Daerah Sibu Awang Yusup Awang Mostapha dan turut hadir Pegawai JASA Sibu Awang Julaihi Awang Ali Borhan, Temenggung Stanley Geramong serta yang lain.

Menurut Andrew, dalam RS1 banyak rancangan yang telah dirangka untuk membangunk­an bandar Sibu dan luar bandar Sibu bermula daripada 2018 hingga 2022.

Oleh itu katanya, beliau berharap semua penduduk Sibu memberikan sokongan bagi membolehka­n rancangan pembanguna­ninidilaks­anakan dengan jayanya.

Sementara Awang Julaihi dalam ucapannya berkata, program antara lain bertujuan membawa pemimpin untuk turun ke padang, selain merapat dan menjalinka­n hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.

“JASA boleh dianggap sebagai agensi kerajaan yang menjadi penghubung atau jambatan antara pemimpin dengan rakyat,” ujarnya.

Di samping itu katanya, program tersebut juga platform terbaik bagi menjelaska­n isu-isu semasa kepada masyarakat setempat.

“Ini kerana ramai masyarakat sekarang keliru dengan dakyah dan isu yang dimainkan melalui media sosial dan sebagainya,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia