Utusan Borneo (Sarawak)

Kerusi meja usang di sekolah DUN Nangka akan diganti: Dr Annuar

-

SIBU: Kemudahan kerusi meja yang sudah usang di semua sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka akan digantikan dengan yang baharu dan moden.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapaee, projek itu bermula di SK Abang Ali di sini di mana kira-kira 800 unit kerusi dan meja di sekolah itu telah diganti.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Nangka memberitah­u, terdapat sembilan sekolah rendah dan tiga sekolah menengah di DUN Nangka.

“Pemilihan SK Abang Ali itu dibuat kerana sekolah ini salah sebuah sekolah tertua di sini dan kebanyakan kemudahan kerusi dan mejanya juga sudah daif,” katanya sambil menambah bahawa proses penukaran itu akan dilakukan berperingk­at.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Baucar Bantuan Pakaian Seragam Yayasan Sarawak semalam.

Annuar berkata, kos bagi satu set (kerusi dan meja) ialah kira-kira RM300.

“Proses penukaran itu mungkin kita lakukan setiap tahun yang melibatkan dua atau tiga sekolah bergantung dengan jumlah peruntukan,” ujar beliau.

Katanya, projek itu juga turut dibiayai menggunaka­n geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Menyentuh mengenai majlis penyerahan baucar berkenaan Dr Annuar menjelaska­n, ia amat bermakna terutamany­a bagi mereka yang berpendapa­tan rendah.

Ujar beliau, sebelum ini Yayasan Sarawak memberi baucar bernilai RM100 sebelum dinaikan kepada RM200 bermula tahun lepas.

Bercakap lanjut, beliau yang juga Naib Presiden PBB memberitah­u, calon BN untuk P212 Sibu Dato Andrew telah berjanji jika beliau menang pilihan raya ini, kedua- dua mereka (Andrew dan Dr Annuar) akan menjadikan pendidikan sebagai keutamaan agenda pembanguna­n Sibu.

Beliau berkata, Andrew b u k a n o r a n g a s i n g di arena pendidikan memandangk­annya turut berperanan dalam penubuhan Kolej Laila Taib (KLT) dan Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS).

Hadir sama pada program berkenaan ialah calon BN untuk P212 Sibu Dato Andrew Wong, Penolong Pengarah Yayasan Sarawak Peter Watson Chunggat, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw dan Pegawai Daerah Sibu Awang Yusof Awang Mostapha.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Dr Annuar (empat kanan) menyampaik­an sampul surat berisi baucar kepada guru besar SK Hua Hin English, Sungai Merah Chua Khii Gii pada majlis berkenaan.
RINGANKAN BEBAN: Dr Annuar (empat kanan) menyampaik­an sampul surat berisi baucar kepada guru besar SK Hua Hin English, Sungai Merah Chua Khii Gii pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia