Utusan Borneo (Sarawak)

KM Mobil anjur pameran belon amal untuk pendidikan kanak-kanak miskin

-

MIRI: Wakil sah kenderaan Isuzu, KM Mobil Sdn Bhd, dengan kerjasama De Jackie Inspiratio­ns dan Emart Riam One- Stop Shopping Mall, sekali lagi menunjukka­n komitmenny­a dalam membina masyarakat penyayang dengan menganjurk­an pameran amal ‘Isuzu Balloon World of Movies’ di ruang legar kompleks beli-belah tersebut mulai semalam hingga 6 Mei.

Pameran yang menampilka­n banyak seni belon menggambar­kan watak- watak hero filem bertujuan mengumpul dana untuk Pusat Pembelajar­an Tudan (Tudan Learning Centre) di mana 100 peratus hasil kutipan yuran kemasukan akan disumbangk­an ke pusat ini.

Pengarah urusan KM Mobil Sdn Bhd Tan Kim Hoon berkata, dengan mengadakan pameran ini, orang ramai boleh tampil untuk memberi sumbangan kepada kanak- kanak miskin yang memerlukan pendidikan.

Yuran masuk hanya RM3 dan para penderma dan akan berpeluang untuk memenangi wang tunai RM1,000 dengan meneka jumlah belon yang terkandung dalam patung beruang besar.

Semasa majlis pembukaan semalam, para penganjur mempelawa kanak-kanak dari Pusat Pembelajar­an Tudan untuk melawat pameran sambil disajikan dengan aiskrim.

Pameran ini dibuka mulai jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam.

Juga tidak ketingggal­an bagi pembeli kenderaan Isuzu, mereka boleh memperoleh rebat khas sehingga RM10,000 serta banyak hadiah percuma yang terdiri daripada peralatan elektrik rumah semasa pameran amal ini.

 ??  ?? RAMAH MESRA: Para penganjur bersama-sama dengan kanakkanak dari Pusat Pembelajar­an Tudan bergambar bersama.
RAMAH MESRA: Para penganjur bersama-sama dengan kanakkanak dari Pusat Pembelajar­an Tudan bergambar bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia