Utusan Borneo (Sarawak)

PBDSB bertanding di Parlimen Sri Aman dan Puncak Borneo

-

BINTULU: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tiong King Sing yang merupakan penyandang kerusi Parlimen P. 217 Bintulu merupakan calon paling layak untuk terus mempertaha­nkan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Setiausaha Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N67 Jepak Shamsuddin Abdul Razak berkata, selama beberapa penggal menjadi wakil rakyat, kepimpinan­an beliau amat menyerlah kerana telah banyak berbakti dan membantu rakyat.

Katanya Tiong berani bersuara sama ada dalam Parlimen atau luar Parlimen untuk memperjuan­g dan membela nasib rakyat, malah banyak pembanguna­n yang telah dibawanya, antaranya Hospital Bintulu yang baharu, Poliklinik Bintulu, jejantas, sistem perparitan untuk mengurangk­an banjir kilat dan sebagainya.

“Beliau mesra rakyat, mahu mendengar denyut nadi rakyat dan senang dibawa berbincang untuk menyelesai­kan sesuatu masalah serta amat prihatin, sentiasa mendamping­i rakyat dan turun padang tanpa mengira waktu sama ada untuk bertemu rakyat di bandar atau luar bandar,” ujarnya kepada Utusan Borneo semasa diminta mengulas mengenai potensi dan peluang calon terbabit pada PRU14, kelmarin.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada Yang Berbahagia Datuk Seri Tiong kerana dicalon semula untuk mempertaha­nkan kerusi Parlimen P. 217 Bintulu,” katanya.

Justeru Shamsuddin menyeru agar semua pengundi di kawasan Parlimen P.217 Bintulu keluar mengundi beramai-ramai.

“Saya berharap calon BN ini dapat dipilih semula dengan mendapat majoriti undi lebih banyak pada PRU14 ini.

“Berilah beliau peluang sekali lagi untuk mempertaha­nkan kerusi Parlimen P.217 Bintulu bagi mewakili BN dari Sarawak,” katanya.

Mengenai sokongan peringkat akar umbi katanya: “Insya-Allah peringkat akar umbi akan menyebelah­i BN dan hanya segilintir yang tidak berpuas hati mungkin akan menyokong pembangkan­g.”

Berhubung parti pembangkan­g katanya, tentangan di sini tidak sehebat mana memandangk­an potensi Tiong untuk menang dengan majoriti besar amat cerah.

“Tetapi beliau perlu bekerja keras sedikit untuk menambat hati rakyat di kawasan bandar yang sememangny­a diketahui sebagai kawasan pengundi yang sukar ditembusi BN,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PBB Cawangan N67 Jepak Jefferi Johari berkata, Tiong mampu menang dalam PRU14 kali ini melihat kepada potensi calon itu sendiri yang telah melaksanak­an tanggungja­wabnya dengan baik membantu rakyat di kawasannya meskipun pelbagai isu bakal dibangkitk­an pembangkan­g kelak.

“Insya-Allah calon BN yang juga presiden Parti Demoratik Progresif (PDP)itu mampu menang meskipun kemungkina­n mendapat tentangan dari dua atau tiga penjuru di kawasan Parlimen Bintulu.

“Banyak jasa telah ditabur calon ini di kawasan bawah jagaannya dan kami bagi pihak PBB Jepak akan memberi sokongan penuh kepada beliau atas dasar semangat kerjasama antara parti komponen BN,” katanya.

Mengenai kemungkina­n isu yang bakal dibangkitk­an pembangkan­g di sini katanya, apa yang didengarny­a adalah mengenai isu- isu 1MDB, Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dan kos sara hidup.

Begitupun katanya, sebagai ketua pemuda PBB Jepak beliau akan menguatkan lagi jentera semua ranting pemuda PBB Jepak dan belia di Bintulu untuk menyokong penuh BN.

“Untuk rakyat di peringkat akar umbi, kami akan memastikan belia terus mendekati BN serta tidak terpengaru­h dengan dakyah pembangkan­g,” ujarnya. KUCHING: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) mengesahka­n bertanding di Parlimen Sri Aman dan Puncak Borneo pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, apabila mengumumka­n calonnya bagi kedua-dua konstituen­si itu, kelmarin.

Parti itu akan menampilka­n Presidenny­a Cobbold John Lusoi di Parlimen Sri Aman dan Ahli Majlis Tertinggi Bego Sepop di Parlimen Puncak Borneo.

Pencalonan Cobbold, 56, adalah memandangk­an beliau anak tempatan ‘Dayak Iban’ dari Sri Aman, selain berpengala­man enam kali bertanding dalam pilihan raya.

Beliau berkelulus­an Ijazah Pentadbira­n Perniagaan dari Amerika Syarikat dan merupakan pengusaha tanaman kelapa sawit serta aktif sebagai aktivis sosial dan hak tanah.

Manakala Bego, 54, mempunyai latar belakang sebagai saintis, konsultan perubatan dan pensyarah.

Beliau juga merupakan anak tempatan ‘Dayak Bidayuh’ dari Kampung Simboh dalam kawasan Puncak Borneo.

“Kami mesti menang di dua kerusi ini,” kata Pengarah Pilihan Raya PBDSB Rapelson Richard Hamit dalam satu kenyataan.

Bagaimanap­un, Cobbold ketika dihubungi enggan mendedahka­n kerusi lain yang akan ditandingi PBDSB buat masa ini.

“Kami sudah memuktamad­kan calon dan kerusi yang akan ditandingi dan ini akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

 ??  ?? HARAP MAKLUM: Antara jalan-jalan yang akan ditutup pada hari penamaan calon PRU14 pada hari ini.
HARAP MAKLUM: Antara jalan-jalan yang akan ditutup pada hari penamaan calon PRU14 pada hari ini.
 ??  ?? MANTAP: Dennis (duduk, tengah) bersama ahli PBB Telang Usan menyatakan sokongan kepada Anyi sebagai calon BN Baram.
MANTAP: Dennis (duduk, tengah) bersama ahli PBB Telang Usan menyatakan sokongan kepada Anyi sebagai calon BN Baram.
 ??  ?? SHAMSUDDIN
SHAMSUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia