Utusan Borneo (Sarawak)

PBB Telang Usan bantu tangkis propaganda Empangan Baram

-

MIRI: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Telang Usan akan menangkis propaganda tentang projek Empangan Baram agar tidak mempengaru­hi rakyat untuk menolak kerajaan dan calon Barisan Nasional (BN).

ADUN Telang Usan merangkap Pengerusi PBB Telang Usan Dennis Ngau berkata, parti pembangkan­g masih memperguna­kan isu lapuk itu dalam kempen menemui rakyat di kawasan pedalaman.

“Sekarang ini rakyat sudah faham bahawa itu (isu empangan) sebenarnya satu propaganda yang merugikan kita.

“Walaupun begitu, hari ini mereka cuba mengetenga­hkan isu itu kembali kepada masyarakat luar bandar yang jauh,” jelas Dennis selepas mempengeru­sikan mesyuarat PBB Telang Usan di sini, petang kelmarin.

Dennis berkata, isu empangan di Baram telah dijadikan bahan kempen utama parti lawan untuk mendapat undi rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Dalam tempoh lima tahun, rakyat Baram telah faham dan menganggap isu tersebut permainan politik parti lawan ketika pilihan raya.

Sehubungan itu, PBB akan bertindak menemui rakyat di peringkat akar umbi di Baram menerangka­n perkara sebenarnya.

Dennis berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana sekali lagi memberi kepercayaa­n dan keyakinan kepada Anyi Ngau sebagai calon BN mempertaha­nkan kerusi Baram.

Beliau berkata, dalam tempoh lima tahun sebagai Ahli Parlimen Baram, Anyi telah berusaha sebaik mungkin dan bersungguh-sungguh memberi khidmat kepada rakyat dan kawasannya.

Kempen jentera Exco Bapa, Wanita dan Pemuda telah bersedia membantu calon BN Baram menang besar pada 9 Mei ini.

“Kita di PBB Telang Usan memberi sokongan padu kepada Anyi.

“Kita akan buat yang terbaik untuk memastikan Anyi menang di Baram dan dengan majoriti (undi) bertambah.

“Inilah komitmen kita. Kita mahu BN menang besar di Baram,” katanya.

Oleh kerana saiz Baram seluas sebuah negeri, kerjasama ahli Baram Team terdiri daripada Anyi, beliau, ADUN Mulu Datuk Gerawat Gala dan ADUN Marudi Datu Dr Penguang Manggil diperlukan untuk membantu membawa lebih banyak pembanguna­n di Baram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia